Follow Me:

May 16, 2012

Extend Sem

Salam . 


Meyh , gua jadi pusing bila masing masing dok tukar DP facebook dia orang kaler cokelat puteh . Hehh , gua wonder why ? Apa kes nie semua orang kena hack ke hape ? Keh keh keh . Rupanya gua sendiri yang tak update pasal isu nie . Gua pon tak berapa nak paham pasal isu banduan israel/Palestin nie. Bukan gua tak support , masalahnya gua tak paham . Itu je . Berdoa untuk kesejakteraan Palestin sudah memadai . ~ Amin


It been a while gua tak menaip . Bad news on me . :-( 


Serius sedih dan sadis . Apa yang di harap dan di rancang tak menjadi untuk sem nie . So , pathetic tahu . Berkemungkinan gua kena extend sem nie . Walaupun sem pendek , gua rasa gua dah buang masa . Semuanya gara gara KP gua yang lambat buat kerja . Huhh , nasib gua tak buat muka dengan KP . Keh keh keh . Gua terpaksa extend sebab nama gua takde dalam sistem untuk subjek yang gua amek sem . Dahn minggu kedua kowt , nama masih takde . Puihhh , bullshit . Dah ahh sempendek cuma ada 7 minggu je . Jadi , gua nak belajar apa kalau dah tinggal 5 minggu ? Ha ? 


Nasib boleh di ubahkan ?


So , semalam gua push diri sikit . Gua p finance , tanya masalah gua . Gua takde hutang pengajian ! Maknanya gua takde subjek untuk sem nie . So , dah pasti nama gua takde untuk subjek yang gua dah add . So bullshit you know . Dah dua kali gua add subjek , tapi hasilnya . Puihh . Di sebabkan tak banyak pilihan dan gua singkatkan jalan, gua decide untuk extend je . Jadi , gua ke unit rekod/pengijazahan . Gua ke sana nak mintak scroll diploma gua sebenarnya . Keh keh keh . Tapi alang kepalang , gua tanya pasal nak extend macam mana ? Nah , akak tuh terus bagi gua borang extend . Dan gua pon amek dan uruskan semua yang di mintak dalam borang tuh . Memang gua ingat dah takde luck nak belajar sem pendek nie . Ok , gua akur . 


Jadi , perkara last gua kena settle dalam borang tu adalah mintak tandatangan dekan .  Nah , ini yang gua lemah . Kan dia tanya macam macam , mati gua nak jawap . Jadi , gua keringkan hati masuk bilik dekan dan jumpa PA dekan . Gua cuma cakap nak tangguh belajar dan mintak tandatangan dekan . Itu je . Menunggu ahh gua sekian lama . 15 minit kowt gua menunggu dalam bilik tuh . Last last PA tuh cakap . Kamu ada 3 subjek kan sem nie ? Ha ? Gua dah petak . Gua check dengan admin dengan finance memang nama gua takde . Last last gua decide untuk amek tandantangan dekan je dulu , jadi ke tidak extend belakang cerita . 


Sekarang nie gua tengah fikir nak sambung ker tidak . Sebab borang tuh kena hantar semula dekat unit rekod/pengijazahan . Kalau gua hantar , kira gua dah extend dan dah tak boleh tarik balik untuk sem nie . Entah . Gua pon serabut fikir . 



May 9, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum .




#wordlesswednesday .



May 7, 2012

Semester 3

Salam .


I'm gonna start my class this morning . Wah , finally semester 3 come up and i hope can do it more better . Amin . Ok , cukup speaking . Puihh , jawa . Ahaha .


Apa pun jadual untuk sem 3 nie tak terlalu pack , just nice . Yang penting kelas cuma ada hari Isnin , Selasa dengan Khamis . Phewww , so hari Jumaat pagi dah boleh balik Klang . 


Wish me good luck for this sem . :-)

May 2, 2012

Kembali

Assalamualaikum .


Hai guys , lama rasanya jari tidak menaip . Blog dibiar begitu saja , tiada penulisan dan tiada penukaran , waima template pun . Puihh , diri terlalu malas dan malas . Bagaikan terlalu sibuk dengan kerja dan tugasan seharian . Yang paling penting, gua tak pernah nak sign in pon blog sejak sekian lama . Keh keh keh . Malas dan sibuk . Mungkin itu menjadi sebab utama .


Pagi dinihari gua merajinkan diri untuk menaip . 


Ya , mungkin kalau ada idea dan cerita yang menarik baru gua nak menaip . Tapi itu bukan lagi gua , apa saja yang terlihat oleh mata ini pasti menjadi topik perbualan dan cerita . Asalkan ianya logik dan tidak terlalu koya . Akal sering berfikir tetapi hati sering merintih . Wow ! dalam erti kata laen , otak akan sentiasa berfikir itu dan ini dan bla bla lagi tetapi hati yang melaksakan . Kalau hendak kita buat kalau tak nak , biarkan saja . Kata seertinya adalah malas . Puihh , malas macam gua . 


Alhamdulillah , masih lagi diri ini di beri peluang untuk menikmati kehidupan dan keindahan dunia yang seketika . Bersyukur juga kepada Allah , apa yang gua minta tercapai dan terkabul . Masing masing ada keinginan , kehendak ataupun hajatkan . Jadi , cara terbaek lakukan dengan usaha yang sungguh , kita berdoa dan bertawakkal . InsyAllah , di perkenankan . 


Esok hari di nanti .


Gua akan sambung belajar , masuk sem 3 dah . Don't worry , sem 3 is short sem and it is 3 months only . Dan apa yang gua harapkan adalah gua rajin untuk study dan mengerjakan ibadah . Maksud gua lagi rajin dan rajin . Usaha untuk sem 2 gua berbaloi dan gua rasa ingin tersenyum . :-) Macam gua cakap , kalau ada usaha kita pasati berjaya . Ingat yang berada di atas . InsyAlah . 


Pejam celik masa berlalu .


Masa yang ada guna dengan sebaeknya , walaupun kita tidak tahu hari hari yang akan di lalui susah ataupun senang . Jadi , tawakkal kepada Allah . Berdoa agar segala kerja ataupun di permudahkan .


Amin .


InsyAllah , agar gua dapat menaip lagi . Sampai di sini saja penulisan gua .