Follow Me:

Jul 28, 2012

7 Ramadhan 1433 (#hormat)

Assalamualaikum .


Just quick update untuk Ramadhan ke-7 . Cerita dah basi dah gua pon dah lupakan kiranya hal ini . Cerita Ramadhan ke-7 nie gua nak cerita pasal #hormat . Hormat atau bahasa omputeh kita sebut respect . Dalam hidup nie kita perlu ada rasa dan rasa rendah diri kan , jadi kekalkan dengan sifat begini .


Dalam entri ini gua cuma nak mention sejauh mana kita boleh hormat orang . Maksudnya , bukannya gua nak ajar kau orang biadap ataupun naek tangan dan sebagainya . Tapi gua cuma nak bagi contoh kenapa dan apa ? Biasanya bila sebut hormat kita akan berfikir , yang muda kena hormat yang tua . Iye ke macam tuh ? Dah tuh yang tua tak perlu hormat yang tua ? Huhh . Dalam konteks nie ada pandangan berbeza beza .


Macam gua , gua pegang dengan prinsip hidup gua . Dalam hormat menghormati , prinsip gua adalah " tak kira orang tuh tua mana , kalau dia tak hormat kau buat apa kau nak hormat dia ? " Haruskah terjadi begini ? Ok , bagi gua kalau lu yang muda cuba bersikap baek dan menghormati seseorang yang lebih tua , tak kisah dalam apa jua situasi atau perkara , tapi orang yang lebih tua itu pulak bersikap sebaliknya , tak kan lu nak diam ? Huhhh . Dia tua bro , dia makan garam dari kita , dah tentu dia betul  .


WTF .


Hehh . Tak semua orang tua betul dengan kenyataan ataupun tindakan yang di lakukan . Sebab tuh in certain case , orang tua kena dengar cakap orang muda . Dan orang muda pulak kena dengar apa nasihat orang tua . Jadikan pengajaran dan sebaliknya . Dalam contoh kart atas tadi , kalau lu diam bila orang yang tua bersikap buruk terhadap kita maknanya " Lu Bodoh " . Kenapa bodoh ? Sebab lu rasa dia orang tua dah kita patut hormat . Ok , gua paham . Dalam konteks hormat tuh bro , jangan sampai dia pijak kau . Dan kau pon nak diam ? Hehh , lembu pon bila kena kacau kejar , ini kan lu manusia . 


Gua bukan ahh suruh atau mengajar kau orang bersikap biadap . Tapi orang cakap , hormat biar berpada . Ha , pegang yang nie . Dan gua pon bukannkya suruh bergaduh bertumbuk bagai . Kalau boleh argue sahaje . Kalau orang tua naek tangan atas sesuatu yang betul dan benar , janganlah pula kau orang membangkangnya . Dan mungkin kita hidup ada salah silapnya , jadi kena mahasabah diri . 


Akhir kata yang boleh gua katakan , hormat orang biar berpada , kalau dah kena pijak takkan kita nak diam je ? Itu bodoh . Kau muda dan akal kau lagi cerdik , buat apa yang sepatutnya . :-) 


p/s : hormati kedua ibu bapa kita . :-) selamat berbuka puasa .

Jul 27, 2012

6 Ramadhan 1433 (#cemburu)

Salam .


Harapnya dalam kebaikkan semua blogger . Pejam celik pejam celik kita dah masuk ke Ramadhan yang ke-7 . Terasa begitu cepat dan pantas masa meninggalkan kita . Hendak di kejar semula tak mampu dan takkan terdaya . Lagipun mana ada masa lampau boleh dikejar . Sepertinya tidak logik akal . Jadi , apa yang mampu kita berserah kepada Allah atas apa yang kita lakukan tatkala ini . Moga di rahmati dan diberkati olehNya . InsyAllah .


Lapar ahh pulak .


Entri adalah untuk Ramadhan ke-6 , lewat sehari ketika entri ini di taip . Ya , ini Ramadhan ke-7 . Syukran ya Allah , kau telah panjangkan usia hambamu ini untuk menikmati puasa ke-6 . Dan hendaknya biarlah diteruskan untuk puasa yang ke-7 sehingga akhirnya Ramadhan .  Hambamu hanya meminta dan berdoa . Amin .


Cerita gua #cemburu .


Cemburu itu harus bila ianya kearah kebaikkan . :-)


Kenapa gua bicara sedemikian ? Ok , gua akan explain . Kenapa gua kata harus dan bukannya berdosa atau yang sama waktu dengannya ? Gua bagi contoh kart sini . ~ harap tidak di salah erti . Kawan kawan Ahmad memperoleh keputusan yang cemerlang dalam ujian bulanan , dan Ahmad cemburu dengan kejayaan mereka .Dan Ahmad beriltizam untuk memperoleh kejayaan seperti mereka . Gua highlight kan kart sini " cemburu dengan kejayaan " . Apa yang akan di lakukan oleh Ahmad semesti belajar dengan lebih tekun ataupun yang sewaktu dengannya untuk memperoleh kejayaan . Dengan itu cemburu itu mendorong kepada kebaekkan dan bukan keburukkan . Sebabnya Ahmad berusaha untuk memperoleh kejayaan seperti mereka . Jadi , kenyataan yang gua keluarkan , boleh di guna pakai . InsyAllah . 


Apa yang cuba gua ketengahkan adalah cemburu itu . Adakah perlu ada pada manusia , ataupun buang saje jauh jauh perasaan cemburu itu . Cemburu dengan nikmat yang di perolehi oleh seseorang itu tidak akan jatuh haram atau jatuh dosa , sekiranya orang yang mencemburuinya tidak menyimpan hasad dengki . Hal yang demikian kerana sekiranya cemburu dengan hasad dengan adalah di benci Allah . Harus , jika cemburu dengan nikmat yang diperolehi seseorang itu dan niat di hati orang yang mencemburuinya untuk mencapai seperti mana yang di peroleh seseorang itu dengan usaha .


Banyaknya perkataan cemburu . :-D


Gua bukanlah seorang ustaz untuk meletakkan sesuatu pada hukumnya , tapi berdasarkan logik dan kisah terdahulu , gua boleh ringkaskan ianya adalah harus . Maaf jika tersalah tentang hal ini dan harap di perbetulkan . Anda yang membaca renungkang dan fikirkan adakah boleh atau tidak cemburu itu harus . Dua perbezaan yang gua dah bagi kart perenggang 2 dan 3 . Macam mana cemburu itu harus pada tempatnya dan jatuh haram atau dosa pada tempatnya . Harap perbetulkan jika salah . Kritikan di terima .


Kenapa gua katakan cemburu itu harus ? Dan bukankah cemburu itu pembawa kepada hasad dengki ? Ok , apa pun yang kita lakukan semuanya berdasarkan ataupun atas niat . Macam contoh perenggan 2 tadi , jika niatnya baek maka harus baginya untuk mencemburui kejayaan tersebut dan sebaliknya juga . Contoh terdekat adalah diri gua sendiri . 


Contoh .


Semalam dari pagi sampai ke malam , budak budak U gua dan kawan kawan U gua , masing masing sibuk bercerita pasal result exam . Resukt exam dah keluar derr . Fuhh . Dan gua ? Ok , untuk pengetahuaan , sem pendek nie gua extend atas sebab sebab tertentu . Lupakan soal extend , dan berbalik kepada cerita tadi . Tweet sana tweet sini , pointer 3.89 bla bla bla . Kebanyakkan yang tweet dan berstatus fb pointer semua gempak gempak belaka . Jadi  gua rasa tertekan + cemburu . Kenapa ? Sebab gua tak dapat nikmat ataupun kejayaan macam dia orang . Cemburu ataupun jeles mesti kena pada tempatnya bukan . Jadi , gua cemburu dan gua azam sem depan gua nak kalahkan kawan kawan gua . Gua nak dapat result gempak boleh tweet bagai . Point gua kart sini , gua nak terangkan kenapa cemburu itu harus jika kearah kebaikkan . Anda fikirkan sendiri , contoh terdekat adalah gua sendiri . :-)


Gua cuma hanya ketengahkan apa yang bermaen dan timbul di benak minda . Kalau ada salah dan silapnya , harapa di perbetulakan dan bukannya di maki atau di caci . :-D . Taipan ini hanya sekadar juadah untuk kita membuka minda seketika . Adalah perlu ataupun tidak dengan apa yang cuba ketengahkan . 


Yanga baek datangnya dari Allah dan yang buruk, silap datangnya dari gua . Semoga Allah memaafkan diri gua jika ada cacat celanya dalam entri ini . InsyAllah .


p/s: hanya sekadar renungan .

Jul 26, 2012

5 Ramadhan 1433 (#doaiftitah)

Assalamualaikum .


Hari nie dah Ramadhan ke-6 . Alhamdulillah , masih diberi kesempatan untuk menjalani Ramadhan . Susah sangat ke nak ucap syukur ? Tak kisah ahh pada Allah , pada ibu bapa , atau pada orang sekeliling . Hanya bermodalkan sedikit aer liur untuk ungkapkan dan itu pon malas . Ok , whatever untuk orang yang sedemikian . One more thing , syukur dalam syukran . Dalam makna melayunya terima kasih . Dan selalu di ucapkan terima kasih , dalam solat pula di ucapkan Alhamdulillah .


Cukup .


Gua sebenarnya takde idea untuk menaip . Buntu memikirkan soal yuran untuk sem depan . Introduction , saje gua cerita pasal agama sikit , biar nampak molek . Uhuhu . Buntu dan buntu . Buntu macam mana nak cekaw duet yuran nie ? Hehh . Tiap sem macam nie . Nah , mati ahh abah nak carik duet . Dan abah bukannya orang senang . Gua je yang kadang kadang lupa daratan . :-( Dah cukup sedih belum perenggan kedua nie ? Kah kah kah .


Ok , gua nak update makna ataupun maksud #doaiftitah . Briefingnya malam nanti atau hari laen .






Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha

Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi.



Haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin

Dengan keadaan bersuci dan berserah diri , dan aku bukahlah dari golongan orang orang musrikin.


Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin

Sesunggunya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku hanyalah semata mata kerana Allah , Tuhan  Semesta Alam .


Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin

Tiada sekutu bagiNya . Demikianlah aku telah di perintahkan dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang orang yang berserah diri .



p/s: hayati dalam ketika membaca . :-)

Jul 25, 2012

4 Ramadhan 1433 (#update)

Assalamualaikum .


Pagi 5 Ramadhan nie gua nak update pasal 4 Ramadhan punya cerita . Keh keh keh . Selalu kebelang gua nie . Apa pon ini hanya update biasa dan tiada yang luar biasanya . Hanya update untuk memenuhi ruang label Ramadhan sahaja .


Selalu lambat #update





Hari hari gua lalui sangat biasa . Takde yang istimewa melainkan menjalani ibadah puasa itu je . Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk merasa Ramadhan ke-4 . Ramadhan yang ke-5 mungkin dalam perjalanan , InsyAllah . Apa pon berdoa agar di panjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa nie dengan sempurna . Uhuhu .


Sekarang nie menghitung hari je nak masuk sem baru . Owh yeahh , cant wait for it . Cant wait cant wait . Harap dengan iltizam baru , dapat ahh lulus dengan cemerlang sem depan . Uhuhu . Apa pon usaha doa dan kita tawakkal . Ada usaha InsyAllah , Allah beri ganjaran .


Ok dude . Gua chow dulu . Mahu sahur . Bye .




p/s: Banyakkan ibadah dalam bulan Ramadhan nie .

Jul 24, 2012

3 Ramadhan 1433 (#noidea)

Salam .


Alhamdulillah , dapat lagi gua merasa puasa untuk hari ketiga . Syukur nikmat walaupun dalam keadaan yang memeritkan . Huhh , sekali lagi kepala nie buat hal . Asyik nak sakit je . Tak kira ahh siang ke malam , sama je . Kalau boleh nak hentak je kart batu . Kah kah kah . Kalau malam boleh jugak makan ubat migrain , siang ? Nah , batal ahh puasa lu bro . Apa pon sekarang gua perasan yang ubat migrain gua dah tak berapa nak kuat ahh . Maksud gua kalau makan lambat je nak hilang sakit tuh . Last last gua letak minyak kapak je . Ehehe . 


Kalau ikutkan kelendar Islam , kita dah masuk ke puasa yang ke empatkan . InsyAllah gua dapat teruskan perjalanan dan usaha untuk bulan Ramadhan kali nie . Apa pon biar bersederhana . Uhuhu .


Pagi hening nie , gua takde cerita pon . Just typing and typing . Bak kata omputeh no idea it ok , but no brain is not ok . Kah kah kah . Apa pon Ramadhan ke-3 takde cerita , hanya lalui hari hari biasa je . Aktiviti biasa sahaje . Alhamdulillah takde ahh perit sangat walaupun sakit kepala . 





Cerita puasa ke-3 .


Bangun sahur then , solat + mengaji . Tunggu pukul 7 baru gua tidur . Keh keh keh . Bangun dalam pukul 11 , mandi then mengaji . Itu je kerja gua hari hari dalam bulan puasa nie . Lepas nie kalau dah masuk sem baru agak sukar sikit ahh ada masa terluang nak buat macam nie . Dah ada kelas kan , so kena ahh pandai bahagi masa . 


Hari nie gua p settlekan bil Maxis gua yang dah berkurun tertunggak dan di gantung . Uhuhu . Malas nak pakai boradband dah . Abang gua pon suruh bayar sebab pakai nama dia . Keh keh keh . Tak nak blacklist punya pasal ahh nie . Dan ada sebalik cerita kena abang gua suruh terminate terus akaun broadband tersebut . Malas nak cerita kart sini , tak pasal pasal Maxis saman gua . Kah kah kah . Apa pon gua dah terminate dan takmo pakai broadband Maxis lagi . Kalau nak pakai pon , pakai brang laen . YES pon ok jugak dan tengah mantop sekarang nie . Ehehe . Apa lagi  , jom subscribe ? 


Sekian cerita gua . Ini je ahh , kan gua dah cakap #noidea .



Jul 23, 2012

2 Ramadhan 1433 (#mencarut)

Assalamualaikum . :-)


Huhh , ini update untuk ramadhan ke-2 tahu . Walaupun kita dah ke ramadhan yang ke-3 . Kira gua lewat sikit update cerita untuk ramadhan ke-2 . Keh keh keh . Semalam penat sangat dan gua letih menunggu deliver baby sugar glider yang tak menjadi delivernya . Kah kah kah .


Apa cerita ramadhan ke-2 ?


Mencarut !!! Ini bukan puasakan , jagalag lisan kita dari bercakap benda benda yang tak elok . Lebih lebih lagi mengumpat . Huhh , mengumpat nie jangan cakap , kalau bukan bulan puasa pon dah buat . Bukan gua ahh , gua cerita je . Tabiat orang kita , biasa ahh tuh . Tapi dosa tangung sendiri . Keh keh keh .


Apa kaitan mencarut dengan cerita gua ?


Semalam gua hantar adeq gua balik asrama . Otw nak p ada ahh sorang hamba Allah nie bawak kereta macam harem tahu . Huhh , tensen tensen . Gua nie jenis kuat membebel bila bawak kereta takde kesedaran sivik . Ha , itu gua pantang . Contoh macam potong tak bagi signal ke . Masuk lane orang suka suka . Meme gua bukak tingkap terus ludah . Uhuhu . Tapi bulan puasa nie takde ahh nak buat .


Nah , semalam habis mencarut gua depan mak . Sebab mamat tuh punya pasal habis hilang pahala puasa . Mana taknya , mencarut . Apa pon gua nak tumbuk je muka mamat tuh . Buat muka tak bersalah pulak dah himpit gua sampai ke tepi jalan . Nah , gua senang je orang macam nie . Dalam hati ada niat jahat . Jadi gua kejar balik kereta mamat nie , gua pancung kereta dia cara mengejut . Nah , gelabah tetek kau elak . Ha , macam tuh ahh kau buat aku tadi . Sebab tuh gua mencarut bahlol . Huhh , last last gua abaikan je . Malas nak bergaduh . Keh keh keh .


Ok , itu je ceritanya untuk ramadhan ke-2 .


p/s: untuk mendapat puasa yang diberkati , jagalah lisan anda dari berkata buruk . :-)

Jul 22, 2012

1 Ramadhan 1433 (#perspektif)

Salam .


Alhadulillah , masuk hari yang kedua kita semua umat Islam berpuasa . Semoga di berkati hendaknya , InsyAllah . Amacam puasa ? Ada ok ? Gua biasa biasa je , bersederhana dan puasa untuk gua bukanlah satu bebanan . 


Entri pagi nie adalah entri untuk 1 Ramadhan yang mana gua update pada 2 Ramadhan . Keh keh keh . Kelewatan sedikit jari ini untuk menaip . Apa pun cerita semalam adalah cerita hari ini , betulkan ? Gua akan cerita sedikit tentang perspektif ataupun pandangan . Tak kisah ahh , pandangan kita atau masyarakat sekeliling . Apa yang akan gua tekankan atau ceritakan kart sini adalah tentang #perspektif yang kebiasaanya berlaku dan menjadi trend di kalangan kita .


Gua mulai .


Petang semalam (1Ramadhan) gua berfixie bersama teman (Pakcik + Jijai) . Saja beriadah , keluarkan sedikit peluh . Pusing kampung dan niat di hati nak tengok keadaan bazar , ramai ke tidak , macam mana suasana hari pertama puasa . Not bad , bazar crowded siot . Huhh . Gua cuma tengok dan berlalu . Teruskan perjalanan dan pusing pusing . Sebenarnya kita orang berfixie nie takde arah tuju , janji jalan keluar peluh . Itu je .


* apa kaitan gua berfixie dengan perspektif/pandangan ?


Huhh , ok ok . Keluar tajuk ker muqadimmah gua ?  Dipendekkan cerita semasa berfixie gua menghampiri kedai bundle . At that time ada budak budak lepak , mat rempit kowt . ok , abaikan rempit rempit nie . Yang penting buat buat tak kenal je . Keh keh keh . Then , one of that boy boleh tegur kitaorang yang tengah berfixie . " Eyh , puasa tak nie , siap boleh maen fixie lagi ? . Gua abaikan , malas nak amek port , kang kalau balas balik , mahunya bergaduh . Uhuhu . Buat tak dengar tak berlalu . 


Lepas insiden tersebut gua cakap dengan Pakcik . Perspektif orang memang selalu macam tuh . So , abaikan kalau benda yang di tegur atau di perkatakan tak berguna . Listen And Low . Gua dengan teman teruskan perjalanan untuk yang lebih jauh , masa pon banyak lagi . Uhuhu . Nak buka lama lagi , pusing ahh kampung laen pulak . Kayuh dan kayuh .


Then .


Ada budak bermotor lalu dan gua tak kenal . Budak sekolahan kowt . " Puasa ke tidak nie , maen fixie ? " Huhh , lagi persoalan atau andaian ? Walaupun budak tuh cakap tak pandang kitaorang . (cakap sebelh telinga kawan dia) . Gua abaikan dan jalan je ahh . Malas nak kutuk kutuk , kan hilang pahala puasa . Better gua diam dan senyum je bila orang cakap macam tuh . Kah kah kah .


Di pendekkan cerita sekali lagi .


Otw nak balik , jumpa kawan lama satu sekolah . Nama dia orang pon gua dah lupa , tapi dia orang ingat nama gua . Keh keh keh . Dia orang naek motor dan kami naek fixie je . Bertegur ahh gamaknya . Then teguran pertama yang keluar dari mulut dia orang . "Puasa tak nie , maen fixie ? kuat je " . Yang nie kami layan ahh andaian mereka . Buat gurau senda . Sekian .


Habis cerita dan persoalan .


Nampak tak apa yang cuba gua bangkitkan dan persoalkan ? Adakah insiden tersebut adalah secara tak sengan atau di sengajakan , gua pon tak tahu . Tapi apa yang pasti itu adalah perspektif atau tanggapan orang terhadap kita . Buruk atau baek , itu kita cerita belakang . Kebiaasaanya lebih banyak perspektif negatif berbanding perspektif pisitif . Dan itu lumrah dan hukum alam . Jadi , apa yang membuatkan perkara atau andaian itu terjadi sebegitu ? ~ Bro , ini bukan blog philosophy . Keh keh keh . Kisah pulak gua .

Bagi gua senang je , kenapa orang boleh anggap kita buruk ataupun perkara buruk . Ianya adalah mind set ataupun set minda individu tersebut . Contoh laen gua bagi , kita nampak seorang lepasan banduan yang meminta sedekah atau sewaktu dengannya . Kita kenal dia seorang banduan , dan perspektif pertama ataupun first impression yang akan keluar adalah ? Nah , anda sendiri boleh fikirkan . Adakah perspektif baek yang keluar dulu , atau yang buruk dulu . Fikir dan renungkan . Jadi , kenapa begitu pulak ? " Dont Judge Book By Its Cover " . Lumrah alam . 


Sebut pasal mind set ataupun set minda , gua dah huraikan dalam post yang lepas . Confident , Inspiration And Achievement

Jadi gua tak perlu hurai panjang lebar lagi . Keh keh keh . Salah ker kalau bulan puasa kita nak beriadah ? Persoalan dan anda jawap . Apakah puasa ini satu halangan untuk kita melakukan aktiviti lasak ? Tak kira ahh jungle trekking ke , fixie ke , maen bola ke , jogging ke . Persoalan dan anda jawap . Dan kalau jawapan anda " TAK SALAH " , jadi kenapa ada andaian sebegitu yang gua terima sewaktu berfixie ? Itu larwh yang di namakan persektif/pandangan orang terhadap kita . Owh , bulan puasa je kena rehat , jangan banyak berpeluh , nanti penat . Bila dah penat nak buka dan batal ahh puasa . Kah kah kah . See , ini pon common mind set yang telah ter'set' sejak kita kecil lagi . Jadi , sebab tuh terjadinya perspektif buruk tadi . Sekian .


Bulan puasa bulan mulia , jadi kalau boleh kurangkan andaian buruk tuh . Buat pahala lebih baek . Lagi satu , kalau bulan puasa nie tak lepak tak boleh ker bhai ? Buang masa tahu . Iye , gua tahu sementara nak menunggu waktu berbuka kan . Konon ahh isi waktu lapang . Tapi , kan baek kalau iye ahh sangat nak isi waktu tuh , p ahh mengaji . Dapat pahala lagi adalah . Daripada lempar perspektif buruk dan juga cuci mata . Keh keh keh .


p/s : Jaga lisan kamu di dalam puasa . :-)

Jul 20, 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

Assalamualaikum .


Kejap ada kejap takde gua nie kan . Bila larwh nak aktif berblog macam dulu . Hehh , dah macam biskut chipsmore ( bak kata member Kedah gua ) . Apa pun Alhamdulillah gua masih hidup . Mungkin tak bersempatan dan idea juga tak banyak untuk menaip . Malam nie gua nak menaip untuk tersekian kalinya mungkin panjang lebar . Keh keh keh . Dan entri malam nie , gua nak update pasal Ramadhan . MARHABAN YA RAMADHAN . ~ boleh ler sikit sikit nak cakap Arab . :-)


Past entry about Ramadhan . Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Malam yang hening nie gua sengaja rajinkan diri untuk menaip . Asalnya nak menaip untuk diri sendiri , tapi beralih arah pulak tajuknya . 


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

Di kesempatan yang ada , gua nak mintak maaf kepada mereka mereka yang pernah terasa dengan gua . Tak kisah ahh dari segi zahir ataupun batin . Bermaafan larwh sesama kita ye . Especially untuk sahabat sahabat gua , teman , dan juga kawan kawan . Awek nanti ahh . Kah kah kah . Kenapa nak mintak maaf , padahal puasa je pon . Ingat nak mintak maaf nie tunggu raya je hoi ! Huhh , tak kira masa ok , lagipun bulan yang baek akan menjelma , jadi biar larwh kita takde dendam dan perkara buruk yang sewaktu dengannya . InsyAllah .

Alhamdulillah , sampai hari nie gua masih di beri kesempatan untuk hidup di atas muka bumi . Walaupun tak seindah mana tapi tetap rasa bersyukur tetap ada . Bukan mudah untuk melalui jalan kehidupan yang berlikur . Adakalanya senang dan mudah dan adakalanya susah dan sukar . Kini gua berusia 22 tahun . Pejam celik masa kedepan , pejam celik masa berlalu . Time Is Running Out bak kata Muse . Boleh ke kedepan dan boleh ke kebelakang ? Persoalan . Mahu kedepan belum tentu tahu di beri kehidupan/kesenangan/kemudahan . Dan mahu kebelakang pula dah tentu tak boleh . Jadi bersyukur dengan kehidupan dan nikmat kehidupan . Kehidupan dan nikamt kehidupan adalah dua perkara berbeza . InsyAllah ada masa gua rungkaikan dua perkara nie . ALHAMDULLILLAH .

Sedikit menyimpang dari tajuk entri . :-D

Seriusly , hati nie sayu bila Ramadhan dah dekat . Sayu sangat bhai dan gua tak tahu kenapa ? Apa pon gua berharap puasa kali nie lebih bermakna dan lebih keredhaan . InsyAllah . Biasanya orang sayu dan gembira bila nak Aidilfitrikan ? Berbeza dengan gua , dan mungkin ini larwh yang dinamakan peningkatan dan kematangan . Kalau boleh mahu menangis saja bila dapat tahu Ramadhan . Kenapa nak fikir Aidilfitri kalau puasa pon terhoyong hayang ? Persoalan .

Tahu tak yang bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan . Bulan yang mana paling bertuah dan menguntungkan umat Islam . Sedar tak sedar ? Atau masih bermimpi ? Apa pon fikirkan dan rungkaikan sendiri . Gua tak mahu menyebut soal agama sangat . Nanti orang kata gua poyo . Keh keh keh . 

Gembira bila datang dan sayu bila pergi . Ingat lagi entri tahun lepas . Belum tentu Ramadhan tahun depan kita akan bertemu , dan belum tentu juga kita dapat habiskan Ramadhan ini . Semuanya itu perancangan Allah , kita hanya merancang . Setiap tahun gua akan berhajat , agar di temukan Ramadhan dan Aidilfitri bersama sama dengan keluarga . Maksud gua , biarlah berpuasa dan berraya bersama keluarga . Hajat pertama yang akan gua letak dan lekatkan di hati setiap tahun . Dan gua berharap dan memohon di tunaikan . InsyAllah . 

Apa pon puasa jangan tak puasa .

Gua terkilan seyh , tak dapat tengok pengumuman puasa tadi . Pakcik tuh laju je bersiar . Huhh , sentap dengan pakcik tadi . Nasib Youtube ada . Hehh .

Malam esok dah Terawikh . Yeeehaa ~ mercun mercun . Keh keh keh . Sabtu pulak dah puasa . Lagi seronok , jadikan puasa yang bermakna , bukan takde makan .  Bulan baek hari baek , sama sama kita beribadah . Twitter , Facebook kurangkan . :-)

Sekian , nota terakhir gua .

p/s: Harapan dan doa semoga berjumpa Ramadhan dan Aidilfitri bersama tahun ini . Insyallah .

Jul 7, 2012

Sugar Glider Terseliuh

Assalamualaikum .


When a pen meet a paper , it will write everything until the ink empty . So do i . Apa je yang akan gua cerita dan apa jua yang akan gua taip , ianya adalah cerita dan nota terakhir gua . Di sini bermula dan di sini berakhir kisah cerita gua .


Whatsapp guys ? How are you doing ? Lama gila baben rasanya gua tak menaip dan mati kutu . Malas pon bercampur baur bila nak menaip . Takpe ahh , apa pun hari nie gua akan menaip juga .


Cerita bermula .


Gua bukan nak cerita pasal diri gua , tapi pasal sugar glider . Dah tentu ahh sugar glider gua , Scissor , Charlie , Mikey . Dan terbaru anak angkat baru , Smurf . Yang Smurf nie kecik lagi , baru 3 bulan rasanya . Huhh , penat tahu nak bela haiwan nie . Gua bela Scissor dengan Charlie dari umur dia orang 2 bulan sampai ahh sekarang . Lepas tuh , gua beli sugar glider baru , Mikey . Masa gua beli umur Mikey Dalam 8 bulan , kira dah besar dan dah matang . Kalau nak mating dengan si Charlie pon dah boleh . :-D Cuma Mikey nie OKU , takde kaki depan . Dan sebab kesian ahh gua beli si Mikey nie dengan harga Rm5o . Gua tak kisah pon kalau cacat . Mana datang si Smurf nie ? Ok gua cerita .


Smurf nie anak angkat gua je , gua tolong jagakan . Actually , member gua punya dan pada mulanya Smurf ada pasangan . Nama pasangan Smurf , Lilo . Mungkin takde rezeki , Lilo mati sebab gaduh . Huhh , tragis sungguh gua tengok dia orang gaduh . Sampai keluar mata tahu . Then , tak sampai 10 minit , Lilo mati . Ini serius . Nak tahu kenapa mula mula gua nak jaga Smurf dengan Lilo ? Event member gua punya ? 


Member gua nie suka tengok , apa yang orang ada dia nak ada . Kira macam ayat cerita Ali Baba . Uhuhu . Jadi , mungkin dia jeles tengok gua ada 3 ekor sugar glider , jadi dia pon nak beli . So , gua cuma guide je , kalau nak beli macam mana dan bla bla bla . Lagipun , dia beli sebab awek dia suka , HANYA PADA MULANYA . Gua cakap , nak jaga elok elok . Ini bukan haiwan 20 30 ringgit . Ratus ringgit . At first ok ahh gua tengok dia jaga , tapi lepas tuh ? Huhh , kesian siak gua tengok Smurf dengan Lilo . Tak terjaga langsung . Dengan cage kotor , triangle house tak bersihkan , makanan pon kadang kadang bagi . At least , kalau keluar date tuh bawak ahh jalan sekali . Ini tidak mereka berdua . Owh sadis hidup Smurf dengan Lilo. HPW cuma mula mula je bagi . Lepas tuh entah kemana . ~ Gua bukan nak mengutuk , tapi paham sendiri ahh kan . Haiwan pon ada perasaan beb .


Jadi , lepas tengok dia orang terabai , gua pon pon decide nak jaga . Tapi gua bgtahu member gua dulu hasrat nak jagakan . Dan dan je dia terus cakap , Tok , aku nak jual sugar glider aku sepasang nie dengan cage , sleeping porch dengan travel porch . Huhh , sentap bila gua dengar ayat beliau . Gua pon bercita cita memang nak beli , itu pon sebab kesian . Jadi , gua cakap ahh . Kau hold dulu , jangan jual , ada duet aku beli . Sekarang nie bagi aku jaga dulu . Dia pon ok . Dipendekkan cerita , gua dapat jaga si Lilo tak sampai seminggu pon . Lepas tuh dia gaduh dan mati . Sadis bukan . Mek pulak nangis nangis Lilo mati . Gua boleh buat apa ? Abang gua yang doktor Vet pon tak boleh buat apa . Lagipon dah larut malam waktu tuh .


Gua decide nak jaga Smurf sampai besar dan boleh berdikari . Gua asingkan Smurf dari sugar glider gua yang 3 ekor tuh . Mungkin sebab Smurf masih kecik , dia selalu di buli . Tiap hari gua bagi makan aya, + buah + HPW . Sama jugak dengan sugar glider gua . Nampak peningkatan kart Smurf . 


Tadi gua dengan mek p jalan jalan Shah Alam , bawak ahh sekali si Scissor , Charlie , Mikey dengan Smurf . Nak beli HPW dengan hantar barang . Alang alang dah sampai sana , gua p ahh Tasik Shah Alam . Saja bawak sugar glider makan angin . Keh keh keh . Entah macam mana , si Smurf bergaduh dengan Scissor . Pehhh , gua cakap lu memang ganas . Seius ganas . Gua leraikan dengan tarik si Smurf  dan gua marah ahh si Scissor . Gua letak Smurf kart tangan gua , nak tahu apa jadi dengan Smurf ? Sadis , kaki belakang belah kiri dah tak berfungsi . Tak boleh gerak tak boleh jalan . Mengesot je . Tapi belah kanan belakang dengan depan ok . Gua dah buntu , kesian kesian kesian . Itu je maen kart otak gua . Gua decide dengan mek nak hantar klinik Vet . Paling dekat yang gua tahu Meru . Jadi gua ke Meru sahaja . Sampai sana doktor tuh periksa . Bla bla bla .


Doktor tuh cakap , mungkin terseliuh je . Don't worry , kaki si Smurf tak patah pon . Jadi ? Doktor tuh bagi ubat antobiotik , untuk apa gua tak tahu . Uhuhu . Tapi dia cakap kalau tak ok jugak dalam masa seminggu bawak p klinik Vet yang boleh operate dan simen semua . Gua ok je . Balik dengan agak sadis . Kesian kowt dah ahh Smurf tuh kecik lagi dan sakit macam tuh . Gua sabar je ahh .


Buat masa sekarang nie Smurf masih lemah . Kaki belakang yang terseliuh tuh , belum boleh digunakan lagi . Huhh , apa nasib kau Smurf . Harap harap kau ok je , gua takmo ahh kau pergi macam Lilo jugak . Tak kesian kart gua dengan mek ker ? 


Di pendekkan cerita , sekarang nie giliran gua jaga semua sugar glider nie . Giliran mek dah habis . Keh keh keh . Harap harap semua ok , termasuk ahh Smurf . Dalam duka ada gembira kan ? Uhuhuh . Sekarang nie gua dengan mek tengah tunggu waktu je untuk dapat baby si Charlie . Dah besar kowt perut dia , ada 2 ekor baby tuh . Makin lama makin membesar . Tak sabat kowt . Uhuhuu . Tadi masa gua nak masukkan Charlie dalam cage , gua amek dia kejap . Belai belai bagai , lepas tuh gua selak porch dia sikit , keh keh keh . Gua dah nampak kaki dengan kuku baby si Charlie . Uhuhu .


Ok , sampai sini je cerita sugar glider gua . Jumpa lagi .


~ harap kau ok ok Smurf . cepat sembuh tau kaki tuh . :-)