Follow Me:

Jul 26, 2012

5 Ramadhan 1433 (#doaiftitah)

Assalamualaikum .


Hari nie dah Ramadhan ke-6 . Alhamdulillah , masih diberi kesempatan untuk menjalani Ramadhan . Susah sangat ke nak ucap syukur ? Tak kisah ahh pada Allah , pada ibu bapa , atau pada orang sekeliling . Hanya bermodalkan sedikit aer liur untuk ungkapkan dan itu pon malas . Ok , whatever untuk orang yang sedemikian . One more thing , syukur dalam syukran . Dalam makna melayunya terima kasih . Dan selalu di ucapkan terima kasih , dalam solat pula di ucapkan Alhamdulillah .


Cukup .


Gua sebenarnya takde idea untuk menaip . Buntu memikirkan soal yuran untuk sem depan . Introduction , saje gua cerita pasal agama sikit , biar nampak molek . Uhuhu . Buntu dan buntu . Buntu macam mana nak cekaw duet yuran nie ? Hehh . Tiap sem macam nie . Nah , mati ahh abah nak carik duet . Dan abah bukannya orang senang . Gua je yang kadang kadang lupa daratan . :-( Dah cukup sedih belum perenggan kedua nie ? Kah kah kah .


Ok , gua nak update makna ataupun maksud #doaiftitah . Briefingnya malam nanti atau hari laen .






Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha

Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi.



Haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin

Dengan keadaan bersuci dan berserah diri , dan aku bukahlah dari golongan orang orang musrikin.


Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin

Sesunggunya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku hanyalah semata mata kerana Allah , Tuhan  Semesta Alam .


Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin

Tiada sekutu bagiNya . Demikianlah aku telah di perintahkan dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang orang yang berserah diri .



p/s: hayati dalam ketika membaca . :-)

0 Bualan Anda: