Follow Me:

Jul 27, 2012

6 Ramadhan 1433 (#cemburu)

Salam .


Harapnya dalam kebaikkan semua blogger . Pejam celik pejam celik kita dah masuk ke Ramadhan yang ke-7 . Terasa begitu cepat dan pantas masa meninggalkan kita . Hendak di kejar semula tak mampu dan takkan terdaya . Lagipun mana ada masa lampau boleh dikejar . Sepertinya tidak logik akal . Jadi , apa yang mampu kita berserah kepada Allah atas apa yang kita lakukan tatkala ini . Moga di rahmati dan diberkati olehNya . InsyAllah .


Lapar ahh pulak .


Entri adalah untuk Ramadhan ke-6 , lewat sehari ketika entri ini di taip . Ya , ini Ramadhan ke-7 . Syukran ya Allah , kau telah panjangkan usia hambamu ini untuk menikmati puasa ke-6 . Dan hendaknya biarlah diteruskan untuk puasa yang ke-7 sehingga akhirnya Ramadhan .  Hambamu hanya meminta dan berdoa . Amin .


Cerita gua #cemburu .


Cemburu itu harus bila ianya kearah kebaikkan . :-)


Kenapa gua bicara sedemikian ? Ok , gua akan explain . Kenapa gua kata harus dan bukannya berdosa atau yang sama waktu dengannya ? Gua bagi contoh kart sini . ~ harap tidak di salah erti . Kawan kawan Ahmad memperoleh keputusan yang cemerlang dalam ujian bulanan , dan Ahmad cemburu dengan kejayaan mereka .Dan Ahmad beriltizam untuk memperoleh kejayaan seperti mereka . Gua highlight kan kart sini " cemburu dengan kejayaan " . Apa yang akan di lakukan oleh Ahmad semesti belajar dengan lebih tekun ataupun yang sewaktu dengannya untuk memperoleh kejayaan . Dengan itu cemburu itu mendorong kepada kebaekkan dan bukan keburukkan . Sebabnya Ahmad berusaha untuk memperoleh kejayaan seperti mereka . Jadi , kenyataan yang gua keluarkan , boleh di guna pakai . InsyAllah . 


Apa yang cuba gua ketengahkan adalah cemburu itu . Adakah perlu ada pada manusia , ataupun buang saje jauh jauh perasaan cemburu itu . Cemburu dengan nikmat yang di perolehi oleh seseorang itu tidak akan jatuh haram atau jatuh dosa , sekiranya orang yang mencemburuinya tidak menyimpan hasad dengki . Hal yang demikian kerana sekiranya cemburu dengan hasad dengan adalah di benci Allah . Harus , jika cemburu dengan nikmat yang diperolehi seseorang itu dan niat di hati orang yang mencemburuinya untuk mencapai seperti mana yang di peroleh seseorang itu dengan usaha .


Banyaknya perkataan cemburu . :-D


Gua bukanlah seorang ustaz untuk meletakkan sesuatu pada hukumnya , tapi berdasarkan logik dan kisah terdahulu , gua boleh ringkaskan ianya adalah harus . Maaf jika tersalah tentang hal ini dan harap di perbetulkan . Anda yang membaca renungkang dan fikirkan adakah boleh atau tidak cemburu itu harus . Dua perbezaan yang gua dah bagi kart perenggang 2 dan 3 . Macam mana cemburu itu harus pada tempatnya dan jatuh haram atau dosa pada tempatnya . Harap perbetulkan jika salah . Kritikan di terima .


Kenapa gua katakan cemburu itu harus ? Dan bukankah cemburu itu pembawa kepada hasad dengki ? Ok , apa pun yang kita lakukan semuanya berdasarkan ataupun atas niat . Macam contoh perenggan 2 tadi , jika niatnya baek maka harus baginya untuk mencemburui kejayaan tersebut dan sebaliknya juga . Contoh terdekat adalah diri gua sendiri . 


Contoh .


Semalam dari pagi sampai ke malam , budak budak U gua dan kawan kawan U gua , masing masing sibuk bercerita pasal result exam . Resukt exam dah keluar derr . Fuhh . Dan gua ? Ok , untuk pengetahuaan , sem pendek nie gua extend atas sebab sebab tertentu . Lupakan soal extend , dan berbalik kepada cerita tadi . Tweet sana tweet sini , pointer 3.89 bla bla bla . Kebanyakkan yang tweet dan berstatus fb pointer semua gempak gempak belaka . Jadi  gua rasa tertekan + cemburu . Kenapa ? Sebab gua tak dapat nikmat ataupun kejayaan macam dia orang . Cemburu ataupun jeles mesti kena pada tempatnya bukan . Jadi , gua cemburu dan gua azam sem depan gua nak kalahkan kawan kawan gua . Gua nak dapat result gempak boleh tweet bagai . Point gua kart sini , gua nak terangkan kenapa cemburu itu harus jika kearah kebaikkan . Anda fikirkan sendiri , contoh terdekat adalah gua sendiri . :-)


Gua cuma hanya ketengahkan apa yang bermaen dan timbul di benak minda . Kalau ada salah dan silapnya , harapa di perbetulakan dan bukannya di maki atau di caci . :-D . Taipan ini hanya sekadar juadah untuk kita membuka minda seketika . Adalah perlu ataupun tidak dengan apa yang cuba ketengahkan . 


Yanga baek datangnya dari Allah dan yang buruk, silap datangnya dari gua . Semoga Allah memaafkan diri gua jika ada cacat celanya dalam entri ini . InsyAllah .


p/s: hanya sekadar renungan .

0 Bualan Anda: