Follow Me:

Jul 20, 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

Assalamualaikum .


Kejap ada kejap takde gua nie kan . Bila larwh nak aktif berblog macam dulu . Hehh , dah macam biskut chipsmore ( bak kata member Kedah gua ) . Apa pun Alhamdulillah gua masih hidup . Mungkin tak bersempatan dan idea juga tak banyak untuk menaip . Malam nie gua nak menaip untuk tersekian kalinya mungkin panjang lebar . Keh keh keh . Dan entri malam nie , gua nak update pasal Ramadhan . MARHABAN YA RAMADHAN . ~ boleh ler sikit sikit nak cakap Arab . :-)


Past entry about Ramadhan . Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Malam yang hening nie gua sengaja rajinkan diri untuk menaip . Asalnya nak menaip untuk diri sendiri , tapi beralih arah pulak tajuknya . 


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

Di kesempatan yang ada , gua nak mintak maaf kepada mereka mereka yang pernah terasa dengan gua . Tak kisah ahh dari segi zahir ataupun batin . Bermaafan larwh sesama kita ye . Especially untuk sahabat sahabat gua , teman , dan juga kawan kawan . Awek nanti ahh . Kah kah kah . Kenapa nak mintak maaf , padahal puasa je pon . Ingat nak mintak maaf nie tunggu raya je hoi ! Huhh , tak kira masa ok , lagipun bulan yang baek akan menjelma , jadi biar larwh kita takde dendam dan perkara buruk yang sewaktu dengannya . InsyAllah .

Alhamdulillah , sampai hari nie gua masih di beri kesempatan untuk hidup di atas muka bumi . Walaupun tak seindah mana tapi tetap rasa bersyukur tetap ada . Bukan mudah untuk melalui jalan kehidupan yang berlikur . Adakalanya senang dan mudah dan adakalanya susah dan sukar . Kini gua berusia 22 tahun . Pejam celik masa kedepan , pejam celik masa berlalu . Time Is Running Out bak kata Muse . Boleh ke kedepan dan boleh ke kebelakang ? Persoalan . Mahu kedepan belum tentu tahu di beri kehidupan/kesenangan/kemudahan . Dan mahu kebelakang pula dah tentu tak boleh . Jadi bersyukur dengan kehidupan dan nikmat kehidupan . Kehidupan dan nikamt kehidupan adalah dua perkara berbeza . InsyAllah ada masa gua rungkaikan dua perkara nie . ALHAMDULLILLAH .

Sedikit menyimpang dari tajuk entri . :-D

Seriusly , hati nie sayu bila Ramadhan dah dekat . Sayu sangat bhai dan gua tak tahu kenapa ? Apa pon gua berharap puasa kali nie lebih bermakna dan lebih keredhaan . InsyAllah . Biasanya orang sayu dan gembira bila nak Aidilfitrikan ? Berbeza dengan gua , dan mungkin ini larwh yang dinamakan peningkatan dan kematangan . Kalau boleh mahu menangis saja bila dapat tahu Ramadhan . Kenapa nak fikir Aidilfitri kalau puasa pon terhoyong hayang ? Persoalan .

Tahu tak yang bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan . Bulan yang mana paling bertuah dan menguntungkan umat Islam . Sedar tak sedar ? Atau masih bermimpi ? Apa pon fikirkan dan rungkaikan sendiri . Gua tak mahu menyebut soal agama sangat . Nanti orang kata gua poyo . Keh keh keh . 

Gembira bila datang dan sayu bila pergi . Ingat lagi entri tahun lepas . Belum tentu Ramadhan tahun depan kita akan bertemu , dan belum tentu juga kita dapat habiskan Ramadhan ini . Semuanya itu perancangan Allah , kita hanya merancang . Setiap tahun gua akan berhajat , agar di temukan Ramadhan dan Aidilfitri bersama sama dengan keluarga . Maksud gua , biarlah berpuasa dan berraya bersama keluarga . Hajat pertama yang akan gua letak dan lekatkan di hati setiap tahun . Dan gua berharap dan memohon di tunaikan . InsyAllah . 

Apa pon puasa jangan tak puasa .

Gua terkilan seyh , tak dapat tengok pengumuman puasa tadi . Pakcik tuh laju je bersiar . Huhh , sentap dengan pakcik tadi . Nasib Youtube ada . Hehh .

Malam esok dah Terawikh . Yeeehaa ~ mercun mercun . Keh keh keh . Sabtu pulak dah puasa . Lagi seronok , jadikan puasa yang bermakna , bukan takde makan .  Bulan baek hari baek , sama sama kita beribadah . Twitter , Facebook kurangkan . :-)

Sekian , nota terakhir gua .

p/s: Harapan dan doa semoga berjumpa Ramadhan dan Aidilfitri bersama tahun ini . Insyallah .

0 Bualan Anda: