Follow Me:

Sep 14, 2010

Diari Seorang Isteri

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . Aduuh...Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nie mesti ade benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu. Banyak dosa lah tu" rungut Zakri pada Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihatiZakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...."Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekaliteran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri.Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihatbagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehatkemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan,gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya,Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa banggaNisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapaabang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka,ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa padaZakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahatngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagikita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakrimeleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur.Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-bendatu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri,bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagimacam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngankau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entahketurunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasibaku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawamengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging sayasendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandungsaya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehinggapukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisaterpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduhlagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapikadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisamenaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalinNisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan padaNisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kayalah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambatsampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tibanaik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedardirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nistadilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahipula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yangmereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yangmasalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yangbegitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hariZakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkankepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggungkesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang inginmengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi kesana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agarbertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalanjauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yangpatut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masakita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakriketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun haridah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakribangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, takboleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegilangsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagitadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisamemberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisadan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuatdemikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepalaNisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilahaku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya.Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudianduduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi danembengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuatAbang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak niesebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengankawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wadtak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabatZakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri."Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetushati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa doksebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujungtanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkautau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipunNisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa akunak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalauader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti"kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "HelloZakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ademasalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisatidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakrimenamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisatak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kausihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otakyang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuatcause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam.Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan inginpenjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakriteringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepalaNisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernahpun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dansemenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakritidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakrihanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinyarasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadusakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakityang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untukmembuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapimalangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukanapa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin darikau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhirNisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAHberkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalumemberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampinbaby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa,setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlakupada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyatakeluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya.Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakriterhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hatiZakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang olehZakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga rosmerah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mulamengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambangbermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangiAbang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abangtak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnyaNisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil NisaAYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diridimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasapanggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah.Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi.Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang.Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkanhari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisahadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abangbagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abangpada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diriNisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangansekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulahhadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah dagingAbang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka.Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungandengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisahanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwiniNisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yangmenjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang danberkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita danNisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkeranamenumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapiNisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya darikeluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu padakembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembarkita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapatmengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa daningat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa danhalalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. SekiranyaAbang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisasupaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buatnama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kitasekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bilamemandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut mukaAbang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut irasraut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka.Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangidan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masihada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YAALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannyaterlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuhdikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARIYANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISADISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DANKEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGAKEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruhtubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiapperlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotakotaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. .kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisamaafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amatmemilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitusedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha.Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untukmelihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakrikucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisamengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakriperlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalanmenimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunyamereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluarseolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihatoleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Melelehperlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangissemula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklahkembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembarmengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amatsedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkanmenangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Danakhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramaimeninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangandi pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmatadengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YAALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan olehZakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakridengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraanterpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa,Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suarakembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senjani, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long, abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak iparmengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arahkembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatikkembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akanmenjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak,abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemahmeninggalkan pusara Nisa....

0 Bualan Anda: