Follow Me:

Apr 11, 2011

Tepuk Dada Tanya Selera - Part 1

1.29 AM , Monday
April 11 2011

Malam yang panjang dapat di pendekkan hanya dengan tidur . Bukan berjaga . Begitu juga ajal . Semakin dekat kita dengan hari lahir makin dekat kita dengan hari akhir kita . Itu larwh ayat yang di berikan ustaz suatu ketika dulu . Gua terfikir seketika . Apa motif gua taip statement nie ?

Tiada motif hanya untuk berpesan sahaja . Dunia kini begitu indah di mata kita . Sehingga ada yang lalai akan kenikmatan yang sementara ini . Sungguh kecil bila di fikirkan kembali manusia ini . Walaupun pangkat Dato' , Datin , Seri , Prof dan sebaginya ianya tidak pernah merubah sebarang persepsi Allah terhadap manusia . Yang mana manusia nie semuanya sama . Hanya amalan yang dapat membezakan .

Amalan ? Di mana ? Itu larwh persoalan yang pernah gua dengar dari mulut seorang budak kecil . Yang belum baligh lagi usianya . Amalan  terlalu banyak di dunia ini . Tapi adakah kita mengejarnya . Atau amalan itu yang mengejar kita ? Gua terfikir , boleh ker gua tahu amalan gua ? Berapa berat bahu sebelah kanan gua ? Dan berapa berat pulak bahu sebelah kiri ? Amalan kita hanya akan di kira oleh Allah sahaja . Andai kata amalan boleh di lihat nescaya ramai yang mengejarnya dan ramai yang berebut rebut untuk memperolehinya . Tapi , dunia yang sementara nie di jadikan alasan untuk tidak mengejar amalan dan mengabaikan nya ? Kenapa ? Tepuk dada tanya selera . Allah sendiri telah meyediakan jalan yang lurus lagi benar kepada manusia di dunia . Adakah kita terfikir tentang nya ?

Kekadang gua tersedar dari lamunan dunia . Tersedar dari nikmat yang melalaikan . Persoalan demi persoalan timbul dan masih tidak dapat di rungkai .

to be continue ..........

0 Bualan Anda: