Follow Me:

Nov 22, 2011

Nasionalisme .

Salam , ok tadi gua dah berpuitis bukan ? Bukan mudah untuk gua berpuitis . Maklum larwh dah lama tinggal zaman jiwang . Ehehe . Kalau dulu begitu berbeda dengan sekarang . Past is past right ? So , life must goes on . Ayat yang gua takkan gua lupa . Malam ni gua nak bercerita pasal bola . Boleh ? Harimau Muda baru menang piala emas, dan kehangatannya pun masih belum terpadam . Ramai di twitter masih ucap tahniah dan bergembira dengan kejayaan tersebut . Apa pun gua ucapkan tahniah Harimau Muda . You Made It And You Show Them We Aren't Loser . Bermacam tomahan dan cacian yang diterima . Tapi akhirnya ? Winner Is Winner , Right .


Gua akan bercakap sedikit tentang nasionalisme . Tak lari dari tajukkan ? Ok , kenapa rakyat Indonesia terlalu marah dengan Malaysia ? Bukan setakat isu kecil malahan isu besar apatah lagi . Gua sendiri menjadi pelik , rakyat Indonesia tak habis habis nak melebel kita sebagai malingasia dan bla bla lagi . WTH . Katanya kita ini pencuri dan katanya kita ini tak reti berterima kasih .


Isu malingasia dah lama bukan ? Jadi lu google sendiri . Apa yang gua perasan , rakyat Indonesia ini terlalu sensitif . Dan mereka tak suka bila kita memanggil atau gelar mereka " INDON" .Walaupun pada dasarnya ianya hanya perkataan . INDON suku kata dari INDONESIA .


Baru gua tahu kenapa mereka marah bila kita memanggil INDON . Maksud INDON ni macam merendahkan mereka . Kira macam dia orang nie golongan bawah kita . Di sebabkan itu , timbul larwh "persengketaan" , kita ini malingasia . Pencuri batik dan bla bla lagi . Tapi kalau di ikutkan ianya tidak memberi sebarang makna . Di Malaysia ianya tiada makna , dan gua tak tahu pulak kalau kamus dewan sana ada makna .Dan apa yang gua husya , tiada makna perkataan INDON sama sekali di Malaysia , Singapura mahupun Indonesia .


Mungkin mereka ini sendiri yang merasakan mereka teraniaya . Jelas dan jujurnya tak semua rakyat Malaysia tahu akan makna INDON . ( yang mana di terjemahkan sendiri oleh Indonesia ) . Jadi dalam hal ini , kamu tidak boleh terus menyalahkan dan mengutuk Malaysia . Kerana faktanya/maksudnya rakyat Malaysia "TIDAK TAHU" . Selain itu juga ianya hanya "SUKU KATA PERKATAAN" . Kalau tahu mungkin kami tidak akan memanggil sebegitu . Dan mungkin sudah terbiasa terucap di bibir . Seperti BANGLADESH , kita akan sebut BANGLA sahaja . Rambut sama hitam hati laen laen . Jadi berdamai larwh . Untuk apa berperang mulut , bergaduh , menghina ? Tiada releven nya bukan . Kart sini gua bukan cakap pasal Indonesia sahaja , rakyat Malaysia pun kena larwh berfikir secara rasionalnya . Jangan mudah terbakar dengan ejekan dan hinaan .


Malaysia dan Indonesia jauh bezanya . Dari segi sejarah , ekonomi dan laen laen lagi . Tak perlu provokasi . Malaysia is Malaysia and Indonesia is Indonesia . 


Akhir kata dari gua , jangan bergaduh sebab sesuatu yang kecil faedahnya . Dan tidak perlu bergaduh walau besar faedahnya . Faham ayat gua ? Cuba fahamkan  dan fikir sejenak . Islam tak pernah mengajar kita bermusuh musuhan .


The love of one's country is a splendid thing. But why should love stop at the border ? - Pablo Casals 


Salam .

1 Bualan Anda:

Zulfeqah Asri said...

Tak boleh salahkan mereka juga. Kerana ada pemimpin yang buat palat kat negara mereka. So mereka tak puas hati. Kerajaan merahsiakan perkara ini daripada rakyatnya sendiri. Semata-mata takot tak boleh jadi pemimpin. Bodoh kan.