Follow Me:

Nov 30, 2011

Kawan , Teman Dan Sahabat .

Salam . Dessert first or damn veggie ? Ok  , gua start dengan berita buruk dulu . Mencuba tak salah bukan ? Tapi kalau mencuba dengan sesuatu yang berisiko tinggi mungkin salah . Itu yang terjadi dekat gua dalam masa kurang dari 10 jam . Untuk pengetahuan , gua baru menjinakkan diri dengan bermaen forex , dan dalam masa 3 hari saja gua dah dapat kumpul hampir 4ooUSD . Modal gua kecil je , cuma 30USD masa mula nak maen . Jadi , apa yang malangnya ? Dalam masa kurang dari 10 jam gua dah rugi 350USD . Itu larwh forex , yang mana pasang surutnya kadang kadang tidak terduga . Tengah seronok trade tetiba dapat text . Nilai matawang USD tengah susut . Gua nak stop trade pun serba salah sebab belum ada profit . Alahai kesian . Kau orang darab sendiri ahh berapa gua dah rugi kalau dalam mata wang Malaysia . Malas nak bercerita lagi tentang benda yang dah lepas dan merugikan . Apa pun belajar daripada kesilapan bukan buat silap dan terus belajar untuk melakukan kesilapan . 


Ok , itu je cerita gua . Panjang bukan intro gua untuk malam ni . Ehehe . Ok , berbalik pada 'dessert' . Apa yang gua nak cerita pasal 'dessert' ? Sebenarnya bukan ahh 'dessert' tapi cerita yang tentang kawan , teman dan sahabat . Semalam gua dan janji nak bercerita pasal entri itu , tapi tidak berkesempatan sebab balik lewat . Jadi , malam ni gua akan menulis panjang lebar tentang kawan , teman dan sahabat . Baek tak 'dessert' gua ? Ahaha . Ok , gua mulai .


Rata rata kart muka bumi ni mesti ada kawan , ada teman dan ada sahabat . Betulkan ? Jadi , apa yang kau orang paham tentang kawan , teman dan sahabat ni ? Walaupun pada pendengaran bunyinya seperti sama dan seperti tiada beza langsung . Ok , ini yang gua akan cerita dan rungkaikan . Ini adalah pendapat dan logika akal gua . Bagi gua , erti teman , erti kawan dan erti sahabat mempunyai makna ataupun 'istillah' yang berbeza . Dah tentu dan  memang ada makna yang berbeza , jadi apa bezanya ? Begini , kenapa berkawan bukan teman ? Ataupun , kenapa berkawan , tak nak jadikan teman ke ? Selalu kedengar ayat macam ni kan ? Dan ini yang jarang kita dengar . Kitakan sahabat , susah senang semua bersama . Ataupun , kau larwh sahabat aku dari kecil sampai besar . Dah boleh bayang apa yang gua 'istillah' kan ? Dan gua harap dari 'istillah' yang gua beri , kau orang dah boleh tangkap makna di sebalik kawan , teman dan sahabat . Logika gua bertutur , kawan ini adalah teman dan bukannya sahabat . Dan teman itu pula adalah satu wadah/tempat untuk dan ketika bersama . Jadi di mana tempat sahabat ? Adakah sahabat terpinggir jauh ? Ok , gua huraikan . 


Kenapa kawan ini adalah teman ? Dari 'istillah' yang gua berikan , terang terang menyatakan tentang perlunya ada teman ketika berkawan . Dan perlunya berkawan untuk untuk di jadikan teman ? Faham ? Ok , bagus . Kalau tak faham , #terjunkbmall . Dan di mana pula tempat sahabat ? Mungkin terlalu awal untuk gua mengertikan sahabat . Wah , istimewa sangat ker sahabat ni ? Kart bawah ni gua kan mendefinasikan erti ataupun makna kawan , teman dan sahabat . Ini adalah personal impression jadi tak perlu mendebatkan apa yang lahir dari logika kota pemikiran gua .


Kawan : Boleh didapati ataupun dijalinkan di mana-mana , tidak teguh hubungannya , dan hanya bersifat luaran . Bilangannya adalah paling ramai.
Teman : Hubungan rapat, lebih teguh berbanding kawan , dipercayai dan boleh dijadikan tempat berkongsi suka , duka , masalah , pendapat sehingga dalam satu keadaan boleh jadi sahabat .
Sahabat : Hubungan terlalu rapat dan akrab berbanding kawan dan teman, sangat teguh sehingga semua masalah boleh dikongsi bersama , paling sukar untuk ditemui , setia , perihatin dan sanggup berkorban kerana persahabatan.


Ok , dah faham dengan definasi kart atas ? Kita teruskan . Apa yang gua definasikan , adalah berkait rapat dengan 'istillah' yang gua utarakan . Jadi , perlunya ada sahabat jika inginkan teman ataupun peneman . Kenapa sahabat tak boleh di satukan maknanya dengan kawan ? Padahal ianya memberi satu makna yang sama ? Ok , jika itu peroalannya , gua akan jawap . Pada makna kasarnya ianya memberi makna yang sama , tapi pada definasinya , anda sendiri mungkin dapat meng 'istillah' kannya . Benar , pada logikanya hubungan sahabat itu terbina atas dasar kawan dan teman . Tetapi setelah peralihan ataupun pertukaran dan percambahan karakter sesorang itu , ianya sendiri akan membuat pilihan yang mana kawan , teman dan sahabat . Seperti definasi yang yang gua lemparkan , terjalinnya hubungan sahabat bukan dalam waktu yang terdekat . Ianya memakan masa . Seperti baru kenal terus jadi sahabat . Bagi gua itu bukan sahabat , itu adalah kawan . Berbeza bukan ? Gua harap kau orang dah boleh tangkap apa yang gua tuturkan . Bagaimana pula dengan teman ? Ok , terjalinnya hubungan sahabat adalah di sebabkan kawan . Dan dalam masa yang sama , kawan itu perlukan peneman/teman . Siapa itu teman ? Teman itu larwh yang bakal menjadi sahabat , jika karakternya benar benar 'menampilkan' seorang sahabat .


Ok , perenggang ni gua akan sentuh bab agama sedikit . Dulu sewaktu sekolah rendah pernah tak kalau ada ustaz/ustazah bercerita pasal sejarah Nabi ? Bercerita pasal sahabat Nabi dan laen laen lagi . Kart sini gua nak mention tentang penggunaan sahabat . Kenapa sahabat Nabi ? Bukanya kawan mahupun teman ? Ha , terdetik satu persoalan yang bermain di kotak pemikiran kau orang ? Dan adakah logiknya definasi yang gua lemparkan dengan perkataan yang di gunakan ketika zaman Nabi ? Ayuh kita rungkai bersama . Sekali lagi gua tekankan , ini pendapat gua dan logika gua . Tak perlu berdebat . Berbalik kepada persoalan yang tadi . Mungkin definasi ini berbeza dari yang gua lemparkan seketika tadi . Setiap sahabat adalah teman dan tetapi setiap teman bukan larwh sahabat . Kenapa ? Ini yang tergerak di minda gua . Kalau di ikutkan Nabi mencari orang yang betul betul mendokongnya dalam menegakkan agama Islam . Susah senang bersama , tolong menolong dan yang paling penting sanggup berkorban untuk agama Islam . Jadi , sekali lagi definasi gua logik dan boleh di guna pakai dan  sekaligus menyokong penggunaan perkataaan sahabat Nabi . Bukannya kawan ataupun teman .


Mungkin cukup sampai sini hujahan gua . Yang baek datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari gua . Mencari tak susah tetapi menyimpan menjadi beban . Renungkan ayat gua . Ini je yang gua boleh hujahkan setakat ini dan apa yang gua hujahkan datang dari logika pemikiran gua dan ianya personal .


Ok , bye . Semoga bermanfaat .

0 Bualan Anda: