Follow Me:

Sep 10, 2011

Belum Basi

Salam .

Masih belum basi cerita nie dan gua rasa masih belum terlambat untuk berhujah . Wah , hujah gitu . Kalaupun harga minyak naek belum tentu negara aman . Kalaupun rakyat di tipu secara halus belum tentu segelintiran mahu senyap .

Paham intro gua . Ok , gua mula bercerita .

Sudahpun kedengaran isu cukai topup . Wah , topup pun ada cukai ke ? Itu yang menjadi tanda tanya . Dan kalaupun ada , kenapa topup yang begitu kecik halnya nak di naekkan cukainya . 

Persoalan gua kenapa ? .

Gua sebagai rakyat tak pernah setuju dan gua MEMBANTAH sekerasa kerasnya . Andai kata ini soal politik biar saja parti selesai kan . Tapi ini bukan lagi soal politik , ini sudah melibatkan rakyat . Mengapa mahu di tindas ? Mengapa mahu berdiam diri ? Bukankah sudah terang lagi bersuluh dengan tindakan sekarang ini .

Maaf dari hati .

Kalaupun gua seorang pembangkang , gua tidak terdetik sedikit pun untuk menaekkan atau mempersoalkan isu ataupun hal kecil ini . Mungkin gua boleh berdiam . Tapi yang laen mungkin membara . Jangan fikir rakyat bodoh . Kalaupun bodoh belum tentu rakyat fikir "kamu" pandai . Jadi sekarang siapa bodoh ? Anda yang membaca anda fikirkan sendiri .


Apa motif gua menaip dan menentang ?

Pertama gua nak tanya.
- Kenapa cukai topup di naekkan ?

Kedua .
- Untuk apa di naekkan ?

Ketiga .
- Hasil dari kutipan cukai kemana pindahnya ?

Persoalan yang mudah dan bisa terjawap kalaupun jawapan tersebut bohong belaka . Pembohongan itu akan membongkar persoalan tersebut . Faham maksud gua ? Fikirkan ......

Tiada relevannya mengapa perlu di naekkan . Ini cukai yang di war warkan . Dan secara umumnya ketahuan tentang isu ini . Tapi adakah isu cukai dikenakan terhadap kereta import terpakai di ketahui ? Mungkin tidak ramai yang menyedari . Ya , memang benar . Kereta import terpakai juga di kenakan cukai . Kalaupun wajar di kenakan mengapa tidak di beritakan ?

Cukup .

Seperti sembunyi tangan di dalam baju . Untung berlipat mahu susahkan rakyat . Sedarlah , menindas itu bukan caranya . Rakyat sudah tidak bisa di bohongi . Yang bisa di bohongi itu adalah orang yang menyokong "kamu" . Dan mereka yang akan mendapat saham dosa "kamu" . Bangkit dari lamunan . 

Habis .

Banyak lagi yang gua nak kupas . Tapi gua tak nak blog kena banned lagi . Sikit bercakap , takutnya seperti melarikan diri dari guruh dan halilintar . Mengapa perlu takut ? Bukankah takut itu hanya pada Allah sahaja ? Fikir dan renungkan . Kalaupun di dunia "kamu" menang , belum tentu akhirat kemenangan itu milik kamu .

1 Bualan Anda:

Anonymous said...

Kerajaan miskin sekrang ni.
Tu la sape suruh pangkah dacing yang senget tu.
Diorang penipu, pembelit.