Follow Me:

Sep 4, 2011

Malaysia Merdeka

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Tanggal 31.08.1957 .
Laungan Tungku Abdul Rahman .

Malaysia Merdeka ?

Benarkah Malaysia sudah merdeka ? Benarkah Malaysia sudah hilang dari pandangan British ? Siapa peneraju kemerdekaan ? Dan persoalan terakhir gua ...

Benarkah kita sudah merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversif oleh pemerintah.

Kenapa tragedi 13 Mei berlaku ? Siapa mastermind sebalik kejadian 13 Mei ?

British yang masuk ke tanah melayu tidak dianggap sebagai penjajah dan pengganas . Mengapa ? Tok Janggut , Datuk Bahaman , Datuk Maharajalela , Datuk Sagor dan Mat Kilau . Ini larwh nama pahlawan melayu yang menentang British . Tapi mengapa mereka pula yang di label ataupun dianggap sebagai pengganas ? Dan melayu yang menyokong British juga tidak dianggap sebagai pengganas ? Dalam bahasa kasarnya tali barut .

Ini tanah melayu bukan mereka yang punya , jadi mengapa perlu bangkitkan isu siapa pejuang merdeka ? Mengapa perlu label mereka yang memakai baju kuning sebagai komunis ? Seperti tidak masuk akal .

Orang cina yang sudah menetap di tanah melayu pun mengejar kemerdekaan dan menyokong komunis . Walaupun komunis mereka berjuang untuk menghalau British .

Persoalan ....

Mengapa perlu bangkitkan siapa pejuang kemerdekaan ? Adakah TAR sahaja yang bersungguh sungguh mendapatkan kemerdekaan ? Habis bagaimana rakyat ? Bagaimana dengan parti parti pertubuhan laen ?

Jangan bicara .

Kalau ikutkan hati gua , gua akan cakap Malaysia dan rakyat Malaysia belum merdeka . Jangan ikut kata hati . Kalaupun merdeka adakah ini Malaysia yang kita inginkan ? Adakah corak ini yang kita mahukan ?

Tepuk dada tanya selera . Ini bukan soal politik .

Bila di tanya kamu tahu apa itu merdeka ? Rata rata bercakap bebas dari penjajah . Jawapan yang gua paling benci . Gua tanya lu pulak , apa itu penjajah ? Siapa penjajah , apa penjajah ?

Mati di makan anai anai pun belum tentu diri ini merdeka . Jangan laung sahaja merdeka tapi pemikiran , hati dan minda kita masih kolot . Jangan bicara soal perjuangan kalau diri sendiri di jajah . Nabi Muhammad berperang pun susah payah untuk menegakkan Islam . Ini kan Malaysia merdeka ?

Gua tak bersyukur ?

Gua tanya lu . Merdeka dijajah atau merdeka berdarah ? Kalaupun gua bersyukur , gua akan bersyukur dengan kehidupan dan nikmat kehidupan ini . Bukan dengan kemerdekaan . Tiada kata lahir dari hati kalau hati itu kotor . Tiada merdeka hari ini kalau tiada penjajah .

Adakah anda merdeka ?

1 Bualan Anda:

Anonymous said...

Saye sokong!