Follow Me:

Jun 12, 2011

Hanya Sebuah Website

12.47 , AM
Jun 12 2011

Assalamualaikum . Apa pun tahniah kepada Terengganu FC . You are the champion . Sebenarnya gua jeles . Selangor tak pergi final . Apa pun semua itu adatkan . Ada kalah ada menang . Kalau tak silap gua ini second time Terengganu menang . Last depa menang tahun 2004 . Kalau tak silap ahh . Gua dari dulu hidup bola makan bola . So , kalau yang dalam Malaysia nie gua tahu ahh . :) . Proud to be Malaysian . Tapi apa pun cerita malam nie ada kaitannya dengan Malaysia . Apa dia ? Sorry , sebagai rakyat Malaysia gua rasa , gua ada hak bersuara . Dan ini kata hati gua .

Bla bla bla . Dalam pukul 9.30 malam . Member gua call . Di kenali sebagai M . Conversation as below .

After bla bla bal conversation , these what we're talk .

M : Derr , kau ada dengar cerita pasal website 1peng**** tuh ?
Gua : Ada . Dah basi ahh isu 1.4 million . Lupakan ahh . Gua tahu website tuh baru 6 hari kan ?
M : Kau biar betul 1.4 million buat website ? Aku dengar dia orang cuma guna plugin je ? Macam Joomla tuh ahh ?
Gua : Ha , yang tuh pon aku tahu . Biar ahh kerajaan nak buat macam tuh . Duet 1.4 million tuh pon bukan lu boleh dapat balik kalau bangkang .
M : Tapi dia orang just guna plugin theme kowt tak kan sampai 1.4 million . Agak agak ahh . Duet rakyat tuh . Yang kau nie tetiba tak nak semangat soal nie kenapa ? Bukan kau pro ker***** ke ?
Gua : Bro , gua bukan nak cakap apa . Malaysia nie cakap je bebas bersuara . Lu tengok berapa ramai bersuara kena ISA ? Lu nak kena ? Gua tak nak beb . Sebab tuh gua senyap . Kebanyakkan gua tengok yang lantang bersuara anti kerajaan . Lepas tuh kena tahan ISA . Macam tuh bebas bersuara ? Apa depa nak buat dengan 1.4 million tuh ikut suka ahh .
M : Betul jugak cakap kau . Ha , habis tuh aku tengok ramai kart forum tak puas hati dengan isu nie cool je . Tak kena tangkap pun .
Gua : Kau nie bebal ke hapa ? Ahaha . Dah dah . Gua malas nak persoalkan apa yang kerajaan buat . Yang gua tahu selagi pegangan gua betul gua tak kisah .
M : Ok ok . Bila nak photoshoot ? Eyh , kau p esok Majlis yang P** buat ?
Gua : Tak . Abah gua beli dua tiket je . Satu tiket Rm50 . Ahaha . Gua tengok dari luar je ahh .

Conversation over .

Agak agaknya kau orang tahu apa yang gua ceritakan ? Abaikan sahaja . Ini isu lama , tapi nak cakap lama takde ahh lama sangat . Suam suam je kowt . Nak buat macam mana . All about Malaysia . And we as Malaysian have to support , right ?

Sebenarnya , cerita nie pasal website 1peng**** yang baru dilancarkan pada 7 Jun 2011 . Kau orang tahu kan isu nie . Dah terpang pang kart dada akhbar lama . Cuma update tak update jer . Ok , gua dapat info nie dari seorang member . Yang mana member nie sama bidang macam gua . Programmer ++++ . Dia ahh cerita kart gua pasal nie . Dan gua sendiri buat research . Memang betul apa yang member gua cakap .

Bukan gua tak sokong apa yang Malaysia buat . Tapi kau orang cuba bayangkan 1.4 juta hanya untuk sebuah website ? Logik ker ? Memang bagus dirikan website , tapi bila apa yang dibuat tak masuk akal , benda nie akan jadi persoalan ? Ini research yang member gua tunjukkan . Dan gua carik sendiri bukti tersebut . Kenapa sebuah website sampai 1.4 juta ? Ada apa website tuh ? So , persoalan demi persoalan akan timbul selagi tiada jawapan yang bernas keluar .

Gua akan cerita sikit pasal website nie . Maaf ini apa yang gua godek sendiri . Walaupun hampir sama dengan info dari laman sesawang yang lain .

Pernah dengar Joomla ? Apa itu Joomla . Gua tak nak cerita Joomla . Tapi kau orang boleh google Joomla nie . www.joomla.org . Carik apa Joomla . Jujur gua cakap , gua dah familiar dengan Joomla . Sebab gua pernah bangunkan satu website dengan Joomla nie . Siapa yang dalam bidang IT tahu apa itu CMS . Content Management System .

Gua ringkas dan padatkan . Joomla nie macam satu theme ataupun plugin . Yang mana kalau kita nak buat website tak payah nak susah susah coding . Nak kena buat tab , colum , header  dan bla bla bla . So , kerja lagi mudah bila extension  Joomla nie ada . Semua informasi website akan tersimpan dalam extension Joomla nie . Owh , tab dah ada  , colum dah ada . Header semua . Wah , memang mudah . Pengalaman gua nak bangunkan website tanpa extension, theme dan plugin memang susah . Gua tak nak cerita lebih detail pasal administrator +++ . Peningkan kepala jer nanti . So , gua ringkaskan untuk pemahaman kau orang semua . Masa gua belajar gua hanya guna VB.net . Visual basic . Ha , ini ahh asas nak buat website . Contoh gua bagi dari VB.net . Kau orang nak buat header ataupun colum , kau orang kena coding sendiri . Bukan mudah untuk beginner macam gua . Susah , dan gua give up nak layan coding . Semata mata nak buat header ataupun colum . See , gua sendiri cakap susah kart software nie . Owh , lupa pasal CMS tadi . Ok , CMS nie ahh yang akan store maklumat maklumat website . Nama pun Content Management System , mesti pasal sistem website . Iye tak ?

Apa kaitan Joomla dengan website 1peng**** yang bernilai 1.4 juta ? Ada sedikit bersangkut paut . Untuk pengetahuan kau orang , website nie takde original developer/programmer . Apa lu cakap nie ? Kalau takde developer/programmer siapa yang bangunkan website nie ?

Good question . Maksud gua kart sini , website 1peng**** nie sebenarnya hanya larwh dari extension, plugin dan theme. CMS yang tersedia ada . Tak paham ? Ok gua bagi contoh , tahu kan Joomla ? Sama saja fungsinya . Programmer tersebut hayan menggunakan CMS yang telah tersedia ada . Macam gua cerita pasal Joomla tadi . Dah ada tab , colum , header , bla bla lagi . So , just isikan kart colum tuh nak apa + bla bla . See , ini ahh yang digunakan website 1peng**** . Bukan original coding yang terpaksa bersengkang mata nak buat . Fahamkan ? So , programmer nie menggunakan CMS yang sama seperti Joomla . Bila adanya CMS akan adanya plugin , theme dan extension . Faham ?

Jadi , mana bukti kalau betul apa yang gua cakap ? Sama macam gua cakap kart member gua yang programmer . Ada bukti ker website nie guna CMS punya program . Just using plugin . Sendiri godek bro . Ok , buktinya website 1peng**** nie menggunakan program 'theme seashell' . Ha ? theme seashell . Gua biasakan dengan memanggil program sahaja . Website rasmi adalah Elgg Comunity . Google je . Keluar ahh maklumat pasal CMS , plugin , extension dan theme seashells . Apa yang boleh gua katakan program nie sama macam Joomla . Memang sama . So , apa kaitan ?  Kedua duanya adalah open source . Apa open source ? Anda google ahh . Gua penat nak description . :)  Ilmu untuk di cari .

Gua cakap perkara yang berasas . Gua dah tahu perkara nie . Tapi sebab member gua M call . So , malam nie gua update blog dengan cerita nie je ahh . Ehehe .

Apa kaitan Joomla dengan Elgg nie ? Takde kaitan pon . Ceritanya cuma , program yang digunakan untuk bangunkan website 1peng**** adalah mudah . Tak perlu susah susah coding nak buat bla bla bla . Jadi , persoalannya , kenapa bangunkan sebuah website tapi harganya sampai 1.4 juta ? Logik ? Anda fikir sendiri . Macam yang gua cakap . Kerja untuk bangunkan website nie mudah . Betulkan ? Kalau tak percaya pergi website yang gua bagi . www.joomla.org dan www.elgg.org . Register/sign up . Lepas tuh anda boleh guna dah . Cara nak guna pun mudah . Youtube ada , belajar . Ok . Kalau yang ingat gua cakap gebang + temberang + kosong buktikan gua tipu ?

Kalau yang kurang percaya tuh boleh pergi website 1peng**** . www.1peng****.com . Lepas tuh klik mouse  sebelah kanan . Klik view sources . Baca coding tuh satu satu . Gua kerat jari kalau kau orang tak jumpa perkataan 'theme seashells' . Ok . Ini adalah theme yang digunakan website tersebut .

Kenapa mahal sangat ? Alarwh bro , yang kau nak kecoh dengan program tuh kenapa ? Ada kemudahan gunakan ahh . Tak kan tak nak guna . Kan mudahkan lagi kerja ? Kalau ini yang bermain dalam fikiran anda dan anda persoalkan . Baik , gua jawap satu satu . Ehehe . Gua tak marah pun .

Kenapa mahal sangat ?
* Pergi ahh tanya siapa yang bagunkan website nie .

Kecoh dengan progran tu kenapa ? Kemudahan , gunakan ahh .
* Jawapan ada pada soalan nombor 1 . ( pandangan gua ) . Kalau dah mudah dan itu kemudahan kenapa mahal sangat ? Setimpal ker dengan 1.4 juta ? Eyh kejap kejap , fikir logik boleh ? Kalau dah kemudahan mesti ahh ringan/senang . Dan mesti ahh tak mahal ? Betul ?
* Anda fikirkan sendiri .

Mungkin isi kart website tuh mahal ? Macam sistem sms tuh ker , dan buat website kena ada hosting domain semua . Domain kena beli .
* Erm, logik , sistem SMS . Tapi betul ker harga sistem SMS tuh mencecah Rm 100,00 ++++ . Logiknya harga website 1.4 juta pada harga sistem SMS mungkin benar . Tapi , gua adalah salah seorang reseller sistem bulk SMS . Jangan terkejut bila gua cakap harga Rm 100,00 ++++ melampau . Tak percaya . Kart Malaysia nie cuma ada seorang developer + programmer sistem SMS nie . Dia ahh owner sistem SMS nie . Jadi jangan terkejut kalau gua cakap gua kenal siapa owner nie . Nama owner ? Tak perlu . Ini fakta dan gua tak tipu . Jadi , selok belok sistem SMS nie gua tahu . Anda fikirkan , logik ker harga sistem SMS nie sampai Rm 100,00 ++++ .
 * Erm, domain ? Betul kena ada hosting domain . Gua tak nak cakap harga . Anda google web hosting domain . Macam macam ada . Free hosting domain , 6 month = Rm ++ , 1 year = Rm ++ , Lifetime = Rm ++ . Adakah logik sampai Rm100,00 ++++ . Anda fikirkan .

Dan berita yang baru gau dapat , website tersebut telah di godam . Berita nie betul atau tidak gua tak tahu . Tapi , sekiranya benar ? Anda fikirkan . Berbaloikah 1.4 juta untuk website ini ? Dan apa yang gua tahu website nie vulnerable . Website yang vulnerable nie memang mudah untuk di godam . SQL Injection sahaja sudah memadai .

Jadi mungkin ini sahaja yang gua boleh ceritakan . Anda fikir dan renung renungkan . Kerajaan terdiri daripada manusia juga . Dan manusia itu ada kelemahannya . Gua tidak cakap yang gua sempurna , boleh bercerita tentang kelemahan kerajan dan bla bla lagi . Tidak , gua juga ada kelemahan . Jadi , apa yang elok dan baek datangnya dari Allah , dan yang lemah datangnya dari kita sendiri ( manusia ) . Gua tak pernah perlekehkan apa yang kerajaan buat . Sebaliknya gua menyokong . Cuma persoalan itu yang membuatkan kita merungkai keadaan sebenar . Terima kasih .

I LOVE MALAYSIA AND PROUD TO BE MALAYSIAN .

0 Bualan Anda: