Follow Me:

Jun 19, 2011

Kisah Hari Bapa - Part 1

12.28 AM
Jun 19 2011

Salam semua . Ok , malam ni gua berhasrat untuk bercerita pasal keluarga . Macam macam gua menaip kart blog ni . ;) . Ok , kalau keluarga mesti ada mak ayah dan bla bla lagi . I mean satu keluarga ahh . So , bercerita pasal mak dan ayah ? Which one more important ? Kalau anda bijak anda jawap . Kalau salah gua penampa je . Ahaha . Ok , gurau je . Untuk persoalan ni gua mampu beri jawapan berdasarkan hadith Nabi sahaja . Gua tak berapa ingat jalan cerita dari hadith tersebut , tapi gua cuba ringkaskan .

Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah saw dan bertanya kepada beliau , Wahai Rasulullah , siapakah manusia yang paling berhak aku pergauli ? Beliau menjawab , Ibumu ! Ia bertanya lagi , Lalu siapa ? Rasul menjawab lagi , Ibumu ! Ia balik bertanya , Siapa lagi ? Rasul kembali menjawab , Ibumu ! Ia kembali bertanya , Lalu siapa lagi ? Beliau menjawab , Bapamu .

Ok , itu je jalan cerita yang gua tahu .

Kenapa ibu baru bapa ? Aduyai , ada soalan lagi ker ? Erm , yang ni sumpah gua tak tahu . Tapi dari pandangan gua ahh . Mungkin sebab ibu yang mengandungkan dan melahirkan kita . Apa semua ibu yang merasa bukan bapa . So , mungkin ibu yang pertama kemudian baru bapa . Itu je jawapan gua . Sudah , no more question .

Entri kali ni gua akan bercerita pasal Hari Bapa . Betul ahh keluarga juga kan tuh ? So , apa yang istimewa tentang Hari Bapa ? Entah , gua sendiri tak tahu . Apa yang gua tahu , cukup larwh sekadar gua mengenali siapa bapa gua dan siapa yang menjaga gua dari kecil hingga dewasa . Dan semua itu gua hanya ucapakan Selamat Hari Bapa ? Cukup ker dengan ucapan ? Itu larwh yang menjadi persoalan sejak sekian lama dari nurani gua .

Anda bayangkan , cukup ke dengan ucapan sahaja ? Bapa anda dah buat macam macam untuk besarkan anda ? Berbaloi ke ? Ada jawapan ?

Gua tak pernah tahu jawapan ni . Sebab gua bukan seorang bapa/ayah/abah . Mungkin suatu hari nanti gua akan tahu sendiri jawapannya . Mungkin sebagai bapa/ayah/abah sudahh terlintas untuk tidak mengharap balasan . Cuma apa yang gua tahu bapa/ayah/abah hanya nak anda jaga dia masa dia dah tua nanti . Kalau bapa/ayah/abah boleh jaga anda dari kecil kenapa anda tak boleh jaga dia masa umurnya tua ? Anda fikirkan . Gua merungkai persoalan sebab ada anak yang berlaku sebaliknya .

Lupa siapa ayah ? Siapa ibu ? Sampai begitu sekali ? Kenapa ? Tepuk dada tanya selera . Jangan cakap lupa ayah dan ibu . Cuba tanya kawan kawan laen . Eyh , bila hari bapa ? Gua boleh potong jari kalau ada yang tak tahu . Percaya cakap gua . Macam sampan lupa akan daratannya .

Gua akan bercerita kisah Hari Bapa Yang Terakhir . Renungkan dan amek iktibar dari cerita ni . Cerita dan kisah yang berlaku bukan pada diri gua . Ianya dari seorang blogger yang kesal dengan perbuatannya .

Kisah bermula .


Ianya berlaku pada Hari Bapa tahun lepas. Semasa arwah abah aku masih hidup lagi. Pagi Hari Bapa itu, aku bangun, disebabkan pukul 12am semalam aku tak wish lagi Hari Bapa dekat abah aku, maka pagi tu aku decide nak wish. Tapi aku ni ade penyakit pelik sikit. Yakni penyakit segan-segan ayam nak wish face-to-face. So aku mundar-mandir la depan abah aku...(punya segan nak wish ni). Kalau bagi sms laju je, tak segan. 

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba abah aku panggil aku, dan memarahi aku disebabkan suatu kesalahan yang aku buat, yang aku lupa dah ape dia(sebenarnye segan nak tulis). Tapi kesalahan aku tu memang patut dimarahi lah. 

Disebabkan aku ni jenis bangsa yang cepat merajuk, maka aku pun merajuk la dengan abah aku sepanjang hari. Termasuk bermogok di dalam bilik tak keluar-keluar(kecuali time makan sebab jarang okkkk aku miss makan). 

Merajuk punya merajuk punya merajuk, maka terlepaslah Hari Bapa tanpa aku sedari. Walaupun dalam hati kecil aku semacam menyesal sebab ego sangat taknak wish Hari Bapa dekat abah aku masa tu, tapi aku tenangkan hati aku dengan harapan, tahun depan boleh je wish lagi. So aku tak wish la Hari Bapa untuk tahun itu...

Sekarang pulak, bila dah nak masuk Hari Bapa ahad ni (19 Jun 2011), baru aku teringat kembali kisah aku merajuk setahun yang lepas. Ego aku yang terlampau sampai merugikan diri-sendiri... Macam-macam perasaan dalam jiwa aku ni, ada menyesal, ada terkilan, ada sedih, semualah. 

Tapi sesal macam mane pun, aku tetap dah takda peluang nak wish Selamat Hari
Bapa untuk abah aku.. sebab abah dah pergi selama-lamanya...Al-fatihah untuk abah. Maafkan a**, abah.


Kisah tamat .

Jadi , anda yang membaca dan anda yang melihat . Renungkan sebagai seorang anak . 

Maaf , kadang kadang gua terfikir . Macam mana nak celebrate Hari Bapa atau Hari Ibu kalau abah dan mak takde ? Macam mana ? Gua nak celebrate apa ? Iye , celebrate ini bukan penting pun , tapi bagi gua ianya suatu kenangan untuk membalas jasa mak dan abah gua . Anda sebagai anak akan merungkai jawapannya sendiri . Jadi ? Amek kesempatan atau pun masa yang ada untuk membalas jasa mereka . 

Ok , itu sahaja cerita Hari Bapa gua . Mungkin boleh di renung dan di jadikan iktibar bersama . Apa pun , kepada mereka yang telah kehilangan ibu ataupun bapa gua ucapkan takziah . Hanya sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka sempena Hari Ibu ataupun Hari Bapa . Mungkin sudah memadai .

Kart sini gua nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada abah gua . Semoga Allah memanjangkan umur , memurahkan rezeki dan menetapkan iman Abah . Amen . 


SELAMAT HARI BAPA

Zainal Ulum B Ahmad Kasah
57 Tahun

0 Bualan Anda: