Follow Me:

Jun 9, 2011

Skill Idea Dan Kreatif

2.21 AM , Thursday
Jun 9 2011

Assalamualaikum . Still not sleeping yet ? Today's i just want to share about photography . Even i'm a photographer , there are still many knowledge about photography that i have to learn . Ok , gua berhenti kart sini . Gua bukan professional . Dan gua tak pernah mengaku yang gua nie photographer . Sebab gua tak cukup ilmu . Jadi gua mencari dan belajar . Gua cuma lensa bebas . Dalam erti kata laen guna amek kesempatan dalam majlis majlis keramaian . Bagi gua tak salah . Dari situ gua belajar macam mana official photographer beraksi .

Dan jujur gua bgtahu , tak semua official photographer mempunyai skill . Percaya larwh cakap gua . Bukan mengutuk . Gua sekadar beri pandangan . Semua mempunyai bakat untuk pegang kamera dan klik button shutter tapi untuk recompositon ? Mungkin ada silapnya . Sama macam gua , kekadang angle tak lawa dan bla bla lagi .

Gua nak cerita pengalaman gua sikit masa shoot gambar wedding . Lokasi gua rahsiakan . Majlis tersebut adalah majlis pakcik gua . Dan untuk pengetahuan gua bukan official photographer . Gua cuma lensa bebas . Gua di maklumkan pakcik gua yang photographer nie memang dah banyak amek wedding dan majlis keramaian . Dab bla bla bla lagi . Pakcik gua pon kenal photographer nie . Ok , mungkin gua boleh curik dan berkongsi idea . Itu larwh yang terdetik kart hati gua . Gua bab mencari ilmu memang gua tak malu .

Pengantin sampai .

Gua husya keadaan dulu . Macam mana official photographer nie beraksi ?  Waktu tuh memang canteq awan . Kira scene memang marvelous ahh gua boleh katakan . Gua husya photographer nie . Mana recompose dia nie ? Takde besh angle pon . Itu pandangan gua ahh . So , gua decide keluarkan baby D . Gua cuma pakai 55mm dengan external flash gua . Saja , ingat nak maen gambar biasa je .  Berbekalkan ilmu photographer yang sedikit gua beranikan dia maen angle ataupun point of interest . Maksud gua , angle yang gua husya dari gambar gambar yang canteq kart Internet .

Pap , gua starting maen dekat celah orang ramai . Alarwh , angle tepi . So , kurang canteq ahh . Tak centre . Then gua p belakang pengantin , tapi diantara tengah tengah paluan kompang . Pap , ok gambar boleh di terima . Naek bingit telinga gua . Ok , boleh ahh kowt gambar nie . Then , gua on flash nak dapatkan gambar awan biru dengan pengantin sekali . Angle dari depan . Tapi gua terpaksa bongkok ke tanah .

Dalam masa sama gua tengok official photgrapher nie . Eyh , kenapa dia tak beraksi ? Gua pon wonder ? Gua kacau ker ? Bukan gua sorang keluarkan baby D . Ada ahh dekat 5 orang  . Lepas gua dapat 5 angle canteq dan gua shoot , gua rehat . Last sekali gua nampak official photographer tuh cuba tiru apa yang gua buat . Maksud gua , dalam 5 angle gua shoot 4 daripadanya dia tiru . O k, gua tak berkata apa . Mungkin dia nak space kowt sebab ramai sangat photographer .

Pengantin masuk rumah .

Gua tukar lens baby D dengan 50mm . Gua tak berniat nak maen wide sangat . Cukup ahh sekadar portrait . Pap dan pap dan pap . Gua jenis shoot satu gambar dan delete kalau tak clear dan tak puas hati . Sebab nak belajarkan . Ada ahh dalam 10 gambar macam tuh gua berjaya amek . Alarwh buat apa nak banyak banyak . Bukan event gua pon , menghabis shutter count gua jer . ;) .

Habis majlis gua berkesempatan jumpa official photographer nie . Mintak ahh sikit ilmu . Tapi dia cakap , abang pon baru berapa 8 bulan maen kamera nie dek . Gua owh kan je .

Gua : Ok bang pakai Nikon ?
OP : Boleh ahh . Abang pakai pon sebab ramai cakap Nikon nie gambar canteq . Then body dia lebih  canggih .
( Apa yang gua perasan OP nie pakai Nikon D90 )
Gua : Macam tuh eyh bang . Boleh kongsi ilmu photog sikit tak bang ?
OP : Kalau nak tahu macam macam abang tak boleh bagi ahh . Abang pon masih belajar .
Gua : Boleh tengok gambar abang shoot tadi .
OP : Nah , tengok ahh .
OP : Pandai awak amek angle ? Ada 3 gambar tadi Abang tiru angle awak jer . Sebab abang tak dapat idea yang besh ?
Gua : Nak amek gambar perlu idea ker bang ?
Bla bla bla .

Kesimpulannya , gua rasa ahh . OP nie mungkin beginner di tahap bawah . Gua bukan nak mengutuk ataupun mengatakan yang gua nie semua tahu pasal photog . Jujur macam gua cakap tadi . Gua tak pernah mengaku gua photographer . Dan gua masih banyak mencari ilmu tentang photog nie .

Pasal antara Nikon dan Canon mana lebih bagus ? Gambar mana lagi canteq ? Kalau kau orang nak beli kamera ikut budget dan keperluan . 2 perkara nie penting . Dalam hal nak beli nie gua malas nak cakap Nikon lagi lawa , Canon tak ramai pakai . Alasan dan alasan  dan bla bla bla lagi . Kalau boleh nak beli just survey jer official website kamera tersebut . Jangan tanya orang . Sebab jawapan yang kau orang akan dapat adalah jawapan "BRAND WAR" . Brand War nie tak kan pernah selesai . Percaya cakap gua . Sebab tuh gua cakap beli ikut budget dan keperluan . Kalau setakat budget Rm2000 . Angkat jer ahh Canon 450D . Buat apa nak angkat Canon 60D yang lagi mahal . Kalau setakat nak beli then maen saja saja untuk family tak payah angkat yang mahal mahal . Kan membazir kart situ . Sama larwh macam . Beli baju yang beratus ringgit tapi nak pakai untuk annual dinner yang satu malam je . Nampak kart situ . Kita ada budget dan keperluan . So , tak perlu terkejar dan ikut orang sangat . Gua cakap sebab member gua sendiri tergila gila dengan isu Brand War nie .

Idea photog . Gua pon sendiri tak paham apa yang cuba OP nie jelaskan . Sama ada idea ataupun skill . Apa yang gua buat kajian dari mata sendiri . Seorang photographer perlukan skill . Kenapa skill ? Ok gua terangkan sikit . Dari skill kita akan mendapat the next idea . Contoh gua bagi , first gambar kita shoot dahulu dari mana mana angle . Yang terbaik dari hadapan ahh . Dari hadapan kita akan nampak angle yang kedua . Yang mana kita akan nampak , owh canteq jugak kalau angle macam nie . See , Bila tergeraknya skill akan tercetusnya idea . Belum shoot lagi angle kedua kita dah boleh imagine . See , kart sini kita boleh nampak tercetusnya kretiviti . Gua bercakap berdasarkan pengalaman gua . Maklumat yang gua dapat juga , adalah dari photographer yang telah lama dalam industri photog . So , kart sini gua boleh cakap skill + idea = kreatif .

Gua masih belajar dan gua masih mencari . Gua bukan pandai dan  tahu semunya dalam hal photog . Gua masih mentah . Gain knowledge is everything . Ok , itu sahaja . Ini pendapat gua , dan masing masing ada kelemahan . Apa yang baek kita amek . InsyAllah gua akan sambung entri ini kemudian hari . Bubye .

Sebelum ending gua nak update beberapa gambar . Enjoy . :)

Family

Cloudy

Adam Harrish

0 Bualan Anda: