Follow Me:

Aug 21, 2011

21 Ramadhan ( #HariRaya )

21 Ramadhan
2.23AM , Sunday
August 21 2011

Assalamualaikum . Ramadhan ke 21 kini menyingkap . Hanya tinggal 8 atau 9 hari lagi untuk berpuasa . Masa berdetik terlalu pantas . Begitu mencemburi saat kemanisan ramadhan . Tiada siapa yang dapat menyingkap mengapa masa begitu pantas .

Entri gua kali adalah sambungan #HariRaya . Untuk part 2 . Bulan ramadhan bagaikan sejenak menyingkap namun untuk kembali menyingkap semula belum tentu . Maksud gua diri belum tentu dapat merasa ramadhan yang akan datang .

Raya sudah pasti di dalam otak , ramadhan juga di tinggal belakang . Oh sayu hati ini . Kalau bulan ramadhan amalan sunat banyak di lakukan .Masing masing terkajar dengan pahala yang berlipar ganda . Masing masing mencari kenikmatan pahala yang berlimpah ruah . Tapi selepas raya ?

Apa ?

Alhamdulillah gua bersyukur diberi kenikmatan hidup , diberi kelapangan untuk meraih pahala . Di beri kesempatan bersama untuk menikmati bulan ramadhan . Setahun hanya sekali . Perjalanan puasa begitu cepat , sehingga apa yang di jamah ketika berbuka masih segar di ingatan .

Selepas ini mungkin zikir di lupa . Mungkin bertahajjud di sepertiga malam di tinggal . Mungkin dendangan  atau nyanyian Al - Quran di senyapkan . Allahhuakbar . Sibuk dengan persiapan hari raya . Zikir di ganti adunan kueh , bertahajjud di tukar dengan mengecat rumah . Lagu raya pengganti dendangan Al - Quran . MasyAllah .

Gua sekadar mengingatkan diri ini . Di harap gua tidak larwh sebegini . Mencari hari raya tapi ramadhan di lupa .

Baju  baru , langsir baru . Rumah berseri hati gembira . Ini larwh penangan raya . Dan kebiasaannya begini larwh fenomena yang gua perhatikan . Raya sahaja semua baru , raya sahaja semua bertukar . Wah , bagaikan patah tumbuh hilang berganti . Tapi adakah umur patah tumbuh hilang berganti ? Adakah bulan ramadhan begitu ? Anda fikirkan .

Beraya cukup arawh ala kadar . Tak perlu beriya iya . Ramadhan di suruh untuk mengingati orang yang susah . Begitu juga raya . Jadi sekadar sederhana sudah cukup memadai .

Kalaupun raya itu seronok , zakat jangan jangan di lupa . Kalaupun raya itu erti kemenangan jangan di lupa erti ramadhan .

Zakat yang hanya not 7 pun ada yang tak bayar . Bukannya bilangan yang banyak . Kalaupun raya , zakat ini penting . Jadi gua nasihatkan jangan lupa bayar . Ok ?

Shopping bagai nak rak , tapi bila bahagian zakat ? di lupa . Terlupa atau di lupakan ? Anda fikirkan .

Mungkin ini sahaja gua nak kongsi .

Bubye .

0 Bualan Anda: