Follow Me:

Aug 22, 2011

22 Ramadhan ( #KumbangRove )

22 Ramadhan
10.20PM , Monday
August 22 2011

Hello world . Malam ni gua nak bercerita tentang haiwan ataupun serangga . Buhsan mungkin melihat gua bercerita tentang diri gua , teman gua dan pasal agama ? Iye tak ? Ikut suka . Ini hidup gua dan ini adalah watak gua . Masing masing ada watak dan santun .  Ok , faham ?

Jangan takur , gua tak serius pun untuk intro . Kali gua nak berkongsi cerita . Idea bercerita bila Unisel di serang serangga . Serangga apa ? Ok , untuk pengetahuan serangga ni bernama Kumbang Rove . Atau nama saintifiknya Paederus Fusclipes . Kenapa gua nak bercerita pasal serangga ni ? Serangga je pun kan adoi . Apa nak kecoh .


Ini pengalaman gua .

Kumbang Rove ni ada nama glamor . Kebiasaanya orang akan panggil Mr Charlie . Ehehe . Ini fakta , gua tak sembang ok . Nama glamor untuk Kumbang Rove ini adalah Charlie . Kenapa Charlie ? Gua sendiri tak tahu . Mungkin senang nak panggil kowt . Macam mana bentuk kumbang ni ? Ok , nanti kart bawah gua akan attach gambar .

Mula mula dengar nama Charlie macam bodoh je . Buat buat don't know je . Sebab alarwh serangga je . Apa ada hal , gua pun bukan kacau . Selang beberapa hari member gua gatal gatal badan . Mak aii memang besar parut parut tuh . Gua ingat kena kencing lipas atau penyengat . Tapi member gua cakap Charlie . Gua pun acuh tak acuh  . Malas nak tahu pasal serangga ni .

Memang teruk gigitan Charlie yang member gua kena . Bawah ketiak pulak . So , gua rasa something like kurap or kudis . Ehehe . Selang beberapa member gua satu bilik pulak kena . Tapi dia kena laen macam sikit . Luka gigitan yang panjang . Macam railway station . Lebih kurang macam tuh ahh . Gua pun tefikir , serangga apa ni ? Kena gigit punya panjang ?

Sampai .........

Selang 4 hari macam tuh , gua kena kart leher . Walaweh , terbaek bebb . Macam love bite pun ada . Macam mana gigitan Charlie ni ? First yang gua kena macam kayap . Then , yang kedua macam railway station . Mula mula rasa pedih kart luka ni . Tapi gua pandai , walaupun gua tak tahu apa yang menggigit , gua tak garu ataupun sentuh . Gua tengok depan cermin je . Then , sapu krim antiviral . Alhamdulillah baek .

Memang pedih . So , siapa siapa yang kena tuh jangan sentuh . Cuci macam biasa dan jangan bagi berpeluh . Kemudian dapatkan rawatan doktor . Kenapa nak dapatkan rawatan ? Serangga je pun .


Fakta .

Charlie mempunyai toksin berbisa di badannya . Nama toksin ni Pederin . Dan toksin ataupun racun ni adalah paling berbisa di dunia . Kenapa gua cakap paling berbisa ? Toksin yang di keluarkan Charlie mempunyai 12 kali ganda bisa daripada bisa ular tedung . Dan untuk pengetahuan gigitan Charlie boleh membawa maut . Dan satu kes kematian telah di rekodkan di Pulau Pinang kalau tak silap gua .


Charlie ni sebenarnya datang dari sawah padi . Suka tempat yang kering . Dan bla bla bla . Lagi kalau ada lampu , memang suka Charlie ni lepak . Siap bawak geng . So , kalau tengah di landa wabak ni kurangkan pengcahayaan . InsyAllah selamat . Lupa pulak gua , Charmie ni top dude . Kejap....


Topkan Charlie ni . Masuk surat khabar lagi . Gua yang dah lama berlakon pun tak top macam ni . Ehehe . So , berhati hati dengan Charlie . Sekian sahaja cerita Charlie . Gua nak attach gambar .


0 Bualan Anda: