Follow Me:

Aug 20, 2011

19 Ramadhan ( #QuickUpdate )

19 Ramadhan
12.52AM , Saturday
August 19 2011

Asslamualaikum guys . Seronok berpuasa ? Pejam celik pejam celik dah masuk ramadhan ke 19 . Wah , ten to go ma . So , lepas ramadhan , raya . Lagi seronok bukan . Siapa tak nak berhari raya ? Sebulan berpuasa , kemudian raya . Raya raya dan raya .

Kenapa raya ?

Gua sendiri tak jawapan . Jadi jangan tanya gua . Ok , malam ni gua takde cerita besh . Cuma update sahaja . Bak kata blogger blogger , quick update . Apa yang quick gua sendiri tak tahu . Agak blur malam ni . Sebab gua sudah mengantuk .

Semalam kelas habis pukul 5 , terus lepak lepak . Ingat nak pergi bazar . Bukak wallet tinggal not 2 je . Alahai , nasib . Kart bank tinggal berapa gua pun tak tahu . Ecehh , segmen meminta simpati ni . Ahaha .

Kebetulan , saing gua pun tinggal not 2 . Jadi , kami satu duet tu . Beli aer dua bungkus dengan kueh . Betul betul sadis . Takpe , bagi gua baru merasa kepayahan dan keperitan orang susah . Asyik nak senang je , bila lagi nak merasa susah . Jadi , gua layan aer dengan kueh . Kueh pun kongsi empat orang . Wah , lagi sadis . Janji ada makanan masuk perut sudah memadai .

Kalau pengemis atau orang miskin boleh hidup kenapa tak gua kan ? Kalau susah macam mana pun , mesti ada orang yang lagi susah  dari kita . Always bear in mind . Jadi gua tak kisah walaupun berbuka dengan aer kosong sahaja . Ini bukan omong kosong . Cabar gua ker ? Hehh , see the leg bro .

Ok , gua sudah cukup mengantuk dan gua nak tidur sudah bah . Esok mahu bangun sahur lagi .

Bubye .

0 Bualan Anda: