Follow Me:

Aug 8, 2011

7 Ramadhan ( #MakDanAbah )

7 Ramadhan
11.42AM , Sunday
August 7 2011

Assalamualaikum . Alhamdulillah , masih diberi kesempatan dan peluang untuk menjalani ibadah puasa . Tapi hanya di samping teman teman serumah . Walaupun tak dapat berpuasa , berbuka dan bersahur bersama family , gua masih boleh menjalaninya sendiri .

Dulu kalau bulan puasa je mesti permintaan di penuhi . Mintak apa je mesti dapat , tapi bukan permainan ahh . Maksud gua makanan . Dulu gua ni tak pernah dapat permainan dari mak dan abah . Walaupun gua merengek bak halilintar ,tak kan pernah terlayan dan tertunai permintaan gua . Sedih . Itu dulu , sekarang semua tuh menjadi bahan senyuman je . Umur dah meningkat besar , semakin matang dan boleh berdikari . Kalau gua nak permainan pun gua dah boleh beli sendiri . Ehehe . Dah boleh cari duet dan can boleh bersuka ria dengan duet tersebut .

Sekarang gua tinggal kart asrama . Tanpa mak dan abah . Takde makanan istimewa dan takde permintaan yang tertunai . Semua sendiri . Bangun sahur sendiri , buka sendiri . Sahur dulu mak masak , la ni masak sendiri . Buka pun macam tuh , masak sendiri jugak . Ok , habis sudah cerita mak dan abah . Sekarang ni masa untuk belajar berdikari . Belajar cara untuk menguruskan segalanya dengan sendiri .

Wah , gua bercerita macam budak 18 tahun baru masuk universiti . Ehehe . Padahal umur dah 21 tak sedar diri betul . Saja nak bercerita , dan selama ni pun gua hidup dengan berdikari . Gua boleh hidup sorang tanpa teman , kawan ataupun sahabat . Hebat tak gua ? Tak percaya ? Lu letak ahh gua kart mana mana . Gua boleh jalan tanpa ada papan tanda . Dan gua dah pernah buktikan . Tak susah . Janji niat hati tuh mesti tetap . Kalau ya kata ya .
Ok , habis .

Tadi gua bertweet tweet . Teman Unisel gua tweet . Bro , tak rindu family ker tak balik kampung ? Siapa tak rindu mak dan abah sendiri ? Masing masing rindukan . Dan mesti ahh gua rindu , cuma gua nak saving duet . Itu yang tak balik minggu ni . Dan minggu depan pun gua tak balik . Gua nak stay . Gua nak cuba jalani ibadah puasa tanpa mak dan abah gua . Gua nak latih diri untuk merasa kehilangan . Sorry , bukan gua mendoakan kematiaan . Tapi apa yang hidup pasti mati . Dan kalau di takdirkan mak dan abah gua pergi dulu , macam mana gua nak hidup sendiri ? Maksud gua kart sini , gua agak terasa bila tengok mereka yang takde mak ataupun ayah . Gua terbayang macam mana mereka jalani hidup . Mesti susahkan . Jadi gua nak rasa kesusahan tu . Siapa pun akan merasa kehilangan tak kisah larwh dari segi kematian ataupun ditinggalkan ataupun kehilangan harta benda . Semua sama je . Jadi kart sini gua cuma berpesan kepada diri gua untuk merasa apa yang mereka rasa . Itu sahaja , dan gua doakan agar mak dan abah gua dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman . Amin~

Apa pun cerita ini ada kaitan dengan hidup dan mati . Berpesan pesan kepada kebaikkan . Gua cerita sekadar peringatan untuk diri gua . Yang mati tetap akan mati dan yang hidup belum tentu akan hidup selamanya . Beramal selagi mampu dan ingat akan kematiaan . Selamat beramal geng . Lagi lagi bulan puasa . Berdouble pahala dapat . :-)

Ok , ini je cerita gua . Bubye .


Bubye .

I Miss My Mum And My Dad So Much . :-(

0 Bualan Anda: