Follow Me:

Aug 9, 2011

9 Ramadhan ( #SiapaAndaMasaAkanDatang )

9 Ramadhan
2.54AM , Tuesday
August 9 2011

Assalamualaikum . Hey guys , how are doing . Still not sleeping yet ? Macam biasa , gua akan memanjat kesyukuran kepada Allah kerana masih di beri peluang untuk hidup dan menjalani inadah puasa . Pejam celik pejam celik dah Ramadhan ke 9 . Perasan tak ? Masa berlalu dengan pantas . Apa yang dibuat pun lupa , apa yang dinanti pun begitu cepat dapat .So , don't waste your time peeps . Be prepare for the next day .

Bercakap pasal masa , gua terfikir pasal diri gua . Siapa diri gua masa akan datang . Siapa isteri gua akan datang . Maksud gua bukan isteri kedua . :-p . Gua hidup lagi atau tidak ? Semua menjadi tanda tanya dan persoalan yang tiada jawapan . Kalau anda nak jawapannya , tunggu sehingga saat itu . Boleh ke kita menjangkakan masa hadapan ? Boleh ke menilik nasib . Ops sorry , berdosa dah tuh . Jangan buat . Jadi anda fikirkan . Siapa Anda Masa Akan Datang ?

Cerita ataupun persoalan yang gua rungkai sendiri . Salah dan benarnya gua sendiri tak tahu . Hanya menaip sahaja . Kalau kita sendiri dapat predict apa yang akan terjadi esok mesti kita elak . ( sekiranya perkara buruk/bala ) . Kenapa Allah membuatkan tanda tanya kepada umat Nya untuk hari esok dan hari hari yang akan datang ? Gua sendiri mencari jawapan dan hujah yang lebih kukuh . Gua bukannya seorang yang terlalu tahu tentang agama . Oleh yang demikian gua sendiri mencari dan cuba merungkai persoalan gua sendiri . Sebab tu gua tak malu untuk bertanya .

Malu bertanya sesat jalan .

Kalau kita sendiri dah tahu apa akan terjadi hari esok mesti tak seronok . Walaupun perkara tersebut seronok ataupun tidak . Tak kira ahh seronok , masalah , bala ataupun musibah . Bagi gua , jawapan persoalan gua adalah , Allah nak kita bersedia dengan hari esok . Biar kita bersedia dengan amal ibadah dan sebagainya . Bukan bersedia dengan tidak membuat apa apa . Contoh gua bagi , hari peperiksaaan . Kita hanya tahu subjek tersebut tapi tak tahu pun soalan yang akan keluar . Jadi , kita di suruh bersedia dengan soalan yang akan keluar . Kalau kita dah baca InsyAllah mudah untuk menjawap . Kerana kita dah bersedia . Mungkin itu sahaja contoh yang gua boleh bagi .

Sejak kebelakangan ni gua selalu post tentang agama dan amalan . Macam cukup bagus gua untuk bicara soal agama ? Bagi gua , sebagai seorang manusia gua harus berpesan pesan kepada kebaikkan . Dan tak salah bagi gua untuk memberi peringatan . Dan bila gua berpesan kepada orang laen gua berpesan juga keapda diri gua . Bukan mudah untuk menjadi seoarang Muslim ataupun Muslimat yang sempurna . Semuanya Allah yang tentukan . Bukan kita untuk menghakimi orang dan sebagainya . :-)

Ok , itu saja cerita bersama yang ingin di kongsi . Idea gua kurang sebab demam . Gau demam bebb . Gua baru nak pecah rekod tak demam setahun , tapi tak menjadi . Itu larwh , kita merancang , tapi Allah yang menentukan . Jadi , gua dah demam dan gua kurang mood sedikit . Batuk gua yang agak macam gempa bumi menyakitkan ulu hati gua . Serius bebb , gua terfikir nak minum aer je waktu tengah hari . Tapi Alhamdulillah iman gua masih kuat untuk meneruskan puasa . Kalau Nabi Muhammad boleh berpuasa ketika berperang tak kan gua tak boleh amek sebagai contoh ataupun iktibar . Gua baru demam tak kan tak tahan ? Betul tak ? Ehehe . So , anda fikirkan .

Renung renungkan dan selamat beramala .


~happy fasting .

0 Bualan Anda: